Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ancaman utama pengganas ke atas S’pura – individu yang radikal sendiri: RSIS

Jan 05, 2023 | 09:30 PM



ANCAMAN utama pengganas terhadap Singapura masih datang daripada individu yang meradikalisasikan diri sendiri, menurut satu laporan oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).


Tetapi laporan itu juga menarik perhatian bahawa pihak berkuasa harus terus berwaspada, kerana pelonggaran sekatan pergerakan yang berkaitan Covid-19 boleh membawa kepada kebangkitan semula aktiviti pengganas di rantau ini.


Walaupun hanya seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun lalu, pihak berkuasa Singapura terus menyelongkar kes-kes radikalisasi diri pada 2022, menurut laporan tahunan menilai ancaman keganasan global, Trend dan Analisis Menangani Pengganas (CTTA). 


Laporan itu menjelaskan bahawa negara ini terus menjadi sasaran utama dalam propaganda kumpulan pengganas Islam seperti Negara Islam (IS) walaupun pada masa ini tiada ancaman pengganas yang khusus atau boleh dipercayai terhadap Singapura.


“Internet terus memainkan peranan penting dalam mengekalkan daya gerakan jihad global.


“Dilancarkan di medan perang maya tanpa sempadan, ‘Jihad Siber’ ini merupakan kancah keselamatan yang berpotensi dalam masyarakat yang sangat terhubung secara digital seperti Singapura,” kata CTTA.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >