Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Anggap pekerja warga asing sebagai sebahagian daripada kita

May 02, 2020 | 05:30 AM



JUMLAH kes Covid-19 yang membelenggu masyarakat tempatan yang kian berkurangan mungkin memberi petanda baik.



Namun, sebelum menarik nafas lega, usah biarkan statistik ini mengaburi mata.



Keputusan pemerintah untuk mengasingkan kes Covid-19 kepada pekerja asing dan warga tempatan adalah supaya negara ini dapat memahami penularan koronavirus dan cara untuk menanganinya.



Justeru ini tidak bererti warga Singapura patut melihat pekerja asing yang tinggal di dormitori hanya sebagai statistik berasingan.



Memandangkan keadaan sekarang menunjukkan bahawa wabak ini menjejas pekerja asing lebih daripada warga Singapura, ini tidak bermakna diri ini terhindar atau selamat daripada penyakit tersebut.



Malah, masalah dihadapi pekerja asing juga masalah warga Singapura.



Sejujurnya, negara ini bergantung kepada pekerja asing dan kita ibarat pincang jika golongan ini tidak kuat atau sihat untuk kembali jalani rutin harian mereka lagi, iaitu untuk bekerja demi sesuap nasi.



Lihat sahaja di sekeliling, bangunan dan prasarana yang dibanggakan adalah sumbangan pekerja asing yang kini dihempit kesukaran.



Tanpa mereka, Singapura tidak dapat berfungsi seperti biasa.



Justeru, daripada dilihat sebagai masalah berasingan, hal ini perlu diperjuangkan bersama-sama bak pepatah cubit paha kanan, paha kiri sakit juga.



Sejak mula wabak ini menggemparkan Singapura, ramai yang tidak sangka kes baru harian yang pada mulanya dua angka, naik ke tiga angka, dan kemudian empat angka. Kebimbangan dan ketakutan turut bertambah seiring dengannya.



Sejak pertengahan April, sementara jumlah kes tempatan menurun, kes pekerja asing di dormitori dijangkiti virus tersebut meningkat pesat.



Mulalah pelbagai spekulasi, andaian dan komen tidak membantu dilontarkan di media sosial.



Sementara sesetengah orang menunding jari kepada pemerintah kerana terlepas pandang kepada golongan ini, ada pula yang memusingkan cerita dan melabel pekerja asing sebagai kaum yang datang dari negara Dunia Ketiga justeru mereka tidak tahu menjaga kebersihan.



Buat masa ini, tidak usah keruhkan lagi keadaan.



Yang lebih penting adalah untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira sempadan perkauman.



Menerusi perbualan saya dengan pesakit Covid-19, tidak kira warga tempatan mahupun pekerja asing, apa yang diperlukan mereka pada saat genting ini adalah sokongan moral. Jadi, bersatulah gembleng tenaga, curahkan ihsan dan tabur bakti.



Tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak mendatangkan manfaat, sebaliknya gabung minda untuk membawa keceriaan kepada golongan ini.



Pelbagai kumpulan setempat telah memulakan daya usaha menghulurkan bantuan kepada pekerja asing semasa tempoh mencabar ini.



Misalnya, Perikatan Sokongan Pekerja Asing Covid-19 (CMSC) yang menggabungkan tenaga kumpulan Citizen Adventures, ItsRainingRaincoats, Migrant x Me dan Singapore Migrant Friends, telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pekerja asing.



Penting untuk warga Singapura sedar bahawa masalah pekerja asing adalah masalah kita juga.



Pemerintah sedang bergegas membangunkan prasarana dan tempat tinggal bagi menampung ramai pekerja asing yang dijangkiti Covid-19.



Mungkin inilah cara untuk kita menyumbang kembali dan memberi mereka tempat berteduh sepertimana selama ini, merekalah yang telah membina tempat kita berteduh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >