Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota SAF maut selepas latihan fizikal

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



SEORANG anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meninggal dunia semalam selepas selesai melakukan latihan fizikal di Kem Kranji.



Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata lelaki berusia 39 tahun itu berasa kurang sihat selepas latihan tersebut dan dipindahkan ke Pusat Perubatan Kem Kranji pada 8.30 pagi.



Beliau masih sedar dan dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 8.50 pagi.



Namun, beliau diserang sakit jantung dalam perjalanan ke hospital dengan usaha menyelamatkannya terus dilakukan.



Ambulans tiba di hospital pada 9.10 pagi, namun beliau disahkan meninggal dunia pada 10.58 pagi.



Mindef dan SAF menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota SAF tersebut dan berkata SAF akan membantu keluarga beliau semasa tempoh sukar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >