Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Angkat berat boleh tambah keyakinan diri

Kejayaan atasi rekod dunia bagi acara 'deadlift' bukti golongan wanita mampu lakukan apa saja asalkan sanggup bertungkus-lumus, kerja keras
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



DENGAN sekali percubaan, Cik Farhanna Farid berjaya mengangkat besi seberat 196 kilogram - hampir empat ganda berat tubuhnya - dan mengatasi rekod dunia bagi acara deadlift baru-baru ini.



Pencapaiannya itu diraih di kejohanan Angkat Berat Terbuka Singapura pada Oktober lalu, namun oleh kerana pertandingan setempat itu tidak diiktiraf Persekutuan Persatuan Angkat Berat Antarabangsa, rekod dunia secara rasmi masih milik atlet Britain Joy Nnamani dengan pencapaian seberat 195.5kg.



Namun, bagi Cik Farhanna, 29 tahun, pencapaiannya itu telah menebus kekecewaan yang dilalui di Kejohanan Angkat Berat Terbuka Asia di Khazakstan dua tahun lalu apabila satu kecederaan pada saat akhir - kulit ibu jarinya tersiat semasa pertandingan - menjejas percubaannya untuk mencatat rekod dunia.



Lebih penting lagi, dia berkata kejayaannya pada bulan lalu menunjukkan seseorang wanita yang bertubuh kecil mampu melakukan apa saja yang diingininya, asalkan rela bertungkus-lumus meraihnya.



Dia berharap ia juga menjadi sumber inspirasi bagi wanita lain dan menambah keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang dianggap terlalu sukar.



"Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan anda atau badan anda sehingga anda mencubanya.



"Bagi saya, manfaat yang saya raih dari segi ketahanan jasmani dan mental melalui sukan angkat berat ini tiada tandingannya," ujarnya.



Buat masa ini, Cik Farhanna sedang berehat buat seketika sebelum meneruskan latihan dengan kejohanan angkat berat yang bakal berlangsung di Afrika Selatan pada Jun tahun depan menjadi sasarannya.



Di sana, dia berharap untuk mencatat rekod dunia secara rasmi.



Mengimbas pengalamannya semasa mengangkat 196kg pada Oktober lalu, Cik Farhanna berkata dia rasa lega dan gembira kerana titik peluh yang telah dihabiskan di gim terbukti berbaloi.



"Ini merupakan satu kelegaan yang sangat besar. Saya telah melakukan latihan dan mengangkat besi yang lebih berat tetapi setiap kali bertanding, ada sahaja yang tak kena.



"Saya tahu ini bukan di luar kemampuan saya. Jadi, untuk dapat mengangkat dan mencatatkan keputusan itu terasa seperti kelegaan terbesar dalam hidup saya," ujar Cik Farhanna, yang bertugas sebagai ahli farmasi.



Berkongsi lebih mendalam tentang penglibatannya dalam sukan angkat berat, Cik Farhanna akur pada mulanya, dia tidak menjangka akan menceburi sukan tersebut.



Sebelum ini, dia lebih gemar berlari-lari anak dan sering mengambil bahagian dalam acara larian di sini.



Farhanna juga terlalu mengawal dietnya sehingga ia menjejas kehidupan sosial apabila dia enggan keluar dengan rakan-rakan kerana takut terpengaruh jamu selera makanan yang kurang sihat.



Menyusuli itu, kesihatannya terganggu dan doktor menasihatkannya supaya menjalani gaya hidup lebih sihat.



Mujur, teman lelakinya Encik James Barcelo kerap ke gimnasium untuk bersenam dan mengajak Farhanna untuk menemaninya dan bersenam bersama.



Meskipun pada mulanya kurang yakin dengan kegiatan itu, percubaan mengangkat berat yang dibuat secara suka-suka menjadi suatu rutin yang diminati Farhanna.



Apatah lagi, dia terkejut apabila pada 2016, dia diberitahu 'perbuatan suka-suka' itu telah membantunya mengatasi rekod nasional.



Justeru, Cik Farhanna menyertai kejohanan angkat berat pertama secara kompetitif pada 2018 dan sekali gus mencipta sejarah sebagai wanita Singapura pertama untuk mengangkat berat tiga kali ganda berat badannya.



Menyusuli itu, Cik Farhanna juga berjaya memecahkan rekod Asia dalam pertandingan Asia di Mongolia pada Disember 2018 dengan mengangkat 178kg dalam acara deadlift.



Meskipun sedar sukan angkat berat ini sering dikaitkan dengan kaum lelaki, Cik Farhanna tidak endahkan semua itu dan berharap lebih ramai wanita terbuka untuk menceburkan diri dalam kegiatan itu.



"Mengangkat berat tidak akan membuat anda jadi seperti seorang lelaki.



"Sebaliknya manfaatnya pada kesihatan... kecergasan... begitu besar sekali," katanya sambil tersenyum, yakin.




PERTINGKAT JASMANI DAN MENTAL



"Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan anda atau badan anda sehingga anda mencubanya.

Bagi saya, manfaat yang saya raih dari segi ketahanan jasmani dan mental melalui sukan angkat berat ini tiada tandingannya... Mengangkat berat tidak akan membuat anda jadi seperti seorang lelaki. Sebaliknya manfaatnya pada kesihatan... kecergasan... begitu besar sekali."

- Cik Farhanna Farid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >