Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Angkatan respons kecemasan baru kawal perairan S'pura menjelang Jun

Apr 07, 2017 | 05:18 PM



SEBUAH angkatan respons kecemasan baru (ERF) yang dilatih dengan kemahiran serang-balas akan melakukan rondaan di perairan Singapura, menjelang Jun ini.



Rancangan tersebut diumumkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, di seminar pelan kerja polis di Singapore Expo hari ini.



Di bawah rancangan itu, setiap bot rondaan Pengawal Polis Pantai (PCG) akan mempunyai para pegawai terlatih ERF yang dilengkapi dengan senapang separuh mesingan untuk menangani serangan pengganasan.



Ia dibentuk selepas polis meningkatkan keupayaan respons kecemasannya dengan melengkapkan pegawai polis sepenuh masa dengan pistol bulan ini, selain melatih lebih ramai spesialis untuk bertindak menangani ancaman bersenjata.



Menjelang 2022 pula, semua pegawai sepenuh masa dijangka membawa pistol yang mempunyai lebih kuasa tembak dan keupayaan senjata, berbanding revolver yang digunakan kini.



Pegawai spesialis yang dilatih pula termasuk mereka dari pasukan kerahan pantas, kata beliau. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >