CIK Widyawati Isman, pemilik perniagaan dari rumah (HBB) Korovacookies berasa sangat kecewa ketika tidak dapat teruskan perniagaannya seperti biasa tahun lalu ketika kedai-kedai menjual barangan membuat biskut mentega Perancis kehabisan stok daripada pembekalnya.
Untuk mengelakkan keadaan itu daripada berulang, Cik Widyawati telah membuat persiapan awal untuk mendapatkan barangan seperti mentega, tepung dan coklat.