Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Antara penerima Anugerah Edusave Teck Ghee 

PM Lee: Warga perlu lindungi diri dengan vaksin terkini

Cara pastikan keadaan Covid-19 di sini kekal terkawal
Jan 08, 2023 | 05:30 AM



SEDANG dunia berdepan dengan pelbagai masalah dan Covid-19 masih berleluasa di banyak negara lain, warga Singapura perlu melindungi diri dengan mendapatkan vaksinasi terkini.



Ini, menurut Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, adalah cara untuk memastikan keadaan Covid- 19 di Singapura kekal terkawal.



Beliau menggesa orang ramai yang layak agar mengambil vaksinasi terkini supaya lebih selamat sekiranya terdapat virus Covid-19 baru yang muncul dan mendatangkan ancaman setelah Omicron dan XBB.



"Saya sudahpun mengambil suntikan keempat vaksin bivalen.



"Saya melakukannya sebelum saya ke Eropah bulan lalu. Ia agak selamat. Jika anda telah menjalani suntikan yang lebih awal, suntikan ini adalah selamat. Jadi saya harap anda akan berbuat demikian, melindungi diri anda," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian Anugerah Edusave Teck Ghee di Sekolah Rendah Townsville semalam.



Walaupun akur bahawa terdapat banyak masalah di dunia, Encik Lee memberi jaminan bahawa masa depan Singapura kekal cerah dan terdapat banyak peluang bagi negara ini.



"Terdapat Covid-19 di China, terdapat Covid-19 di banyak negara lain. Kita perlu memastikan bahawa di Singapura, keadaan kita kekal di bawah kawalan. Khususnya, apa yang setiap daripada kita boleh lakukan, adalah untuk memastikan kita kekal terlindung, divaksin dan mendapatkan suntikan kita dan teruskannya," tambah beliau.



Lebih 1,200 pelajar yang menetap di Teck Ghee diiktiraf atas pencapaian mereka dengan menerima anugerah Edusave Kementerian Pendidikan (MOE) atau dermasiswa Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Teck Ghee.



Tahun ini, 300 pelajar menerima Dermasiswa CCC Teck Ghee sementara lagi 924 pelajar menerima Anugerah Edusave MOE daripada Encik Lee, yang juga penasihat kepada pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Ang Mo Kio.



Menyentuh aspek pendidikan pula, Encik Lee berkata tahun ini adalah baik bagi golongan pelajar kerana terdapat lebih kurang peperiksaan.



Pada Mac tahun lalu, pemerintah mengumumkan bahawa peperiksaan pertengahan tahun bagi semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah akan digugurkan menjelang tahun ini.



Beliau melahirkan harapan agar pelajar dapat meluangkan lebih banyak masa untuk meneroka, membangunkan diri dan bekerjasama dengan satu sama lain.



Dalam pada itu, masa yang diluangkan bagi persiapan peperiksaan dikurangkan lantas tidak terlalu memberi tekanan ke atas diri mereka.



Beliau beri galakan agar pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga dari segi kepimpinan dan perwatakan.



"Di Singapura, peluangnya ada. Terdapat sistem yang baik dan sekolah ada. Anda cemerlang, anda boleh maju. Terdapat tempat untuk belajar di politeknik, universiti atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Anda cemerlang, terdapat pekerjaan, peluang juga akan ada. Ia adalah untuk kita ambil, memanfaatkannya sebaik mungkin, dan untuk berjaya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >