Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Imam Al-Qarafi: Masagos ucap tahniah kepada Mufti, Jawatankuasa Fatwa

Nov 18, 2022 | 06:39 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengucapkan setinggi tahniah kepada Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura  (Muis) kerana  menerima Anugerah Imam Al-Qarafi yang berprestij bagi Kecemerlangan dalam Fatwa. 


Anugerah itu diberikan  Sekretariat Agung bagi Pihak Berkuasa Fatwa Sedunia, pimpinan Dar al-Ifta dari Mesir. 


Menulis di Facebooknya pada Jumaat (18 Nov), Encik Masagos berkata Singapura merupakan penerima kedua anugerah itu  sejak penubuhannya pada 2019, dan yang pertama daripada masyarakat Islam minoriti.


Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Muis diiktiraf atas sumbangan cemerlang mereka dalam menangani pandemik Covid-19 dan isu-isu kontemporari lain.


“Mereka menyediakan penyelesaian yang bernas dan praktikal serta menggunakan teknologi digital untuk berhubung dengan orang ramai serta menambah baik proses seperti tempahan slot solat Jumaat.


“Sambil memelihara ketulenan tradisi dan prinsip Islam, Jawatankuasa Fatwa juga terlibat dengan isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang, seperti sosiologi, ekonomi, dan kesihatan. 


“Saya bangga dengan pengiktirafan Dar al-Ifta bahawa bimbingan agama dan pendirian yang dikeluarkan  Jawatankuasa Fatwa kita memberi penekanan kepada kewujudan bersama secara aman dan perpaduan sosial.


“Ia juga berpendapat bahawa masyarakat Islam di Singapura adalah satu model untuk diteladani dalam bagaimana masyarakat boleh hidup bersama secara aman dan harmoni sambil memelihara identiti dan ajaran agama mereka masing-masing,” ujar beliau.


Usaha-usaha itu  tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada masyarakat Islam di Singapura, katanya.


“Muis akan terus melengkapkan asatizah  kita dengan pengetahuan dan kemahiran relevan supaya mereka boleh memimpin dan memberikan bimbingan  baik kepada masyarakat Islam,” ujar beliau. 


Tahun ini, misalnya, Muis menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS). 


Acara itu  membawa cendekiawan Islam dan pemikir hebat dari seluruh dunia untuk berkongsi amalan terbaik, belajar daripada satu sama lain dan membina gedung-gedung ilmu agama untuk membantu Singapura mengharungi cabaran kontemporari, kata Encik Masagos.


Anugerah itu, katanya, mengakhiri tahun  bersejarah bagi Singapura, terutamanya pada  sektor agama Muslim setempat.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga berkata pada  Ogos lalu Singapura turut berbangga dengan pelantikan bersejarah ketua biskop Singapura, Kardinal William Goh, sebagai Kardinal pertama di rantau ini.


“Saya berbesar hati kerana kepimpinan Islam kita juga mencatat kejayaan sangat bermakna dan menempa nama di persada dunia.


“Singapura terkenal dengan masyarakat berbilang kaum dan agama kita dan apa yang membuat kita terus bertahan ialah hasrat bersama untuk saling menyokong satu sama lain dan memelihara perpaduan sosial yang kukuh ini untuk generasi akan datang.


“Keharmonian kaum dan agama adalah proses yang tidak berkesudahan. Mari kita teruskan kerja baik ini untuk belajar daripada pengalaman masa lalu demi membina kejayaan masa depan untuk kita semua,” pinta beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >