Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH MENTERI EHWAL DALAM NEGERI

Staf Sarjan bantu ibu lima anak yang hidup susah

Oct 01, 2019 | 05:30 AM



SEBANYAK empat anugerah utama telah diberikan semasa Anugerah Menteri Ehwal Dalam Negeri - Anugerah Pencapaian Home Team (HTAA), Anugerah Kecemerlangan Operasi (OE), Anugerah Bintang Bakti (SSA) dan Anugerah Inovasi Home Team (InnovA).



Tahun ini, tiga pegawai Home Team telah diiktiraf dengan anugerah cemerlang SSA dan antara mereka ialah Staf Sarjan (SSGT) Ahmad Fauzi Sani, 31 tahun, seorang pegawai polis masyarakat dari Balai Polis Kejiranan Jurong East.



SSGT Fauzi bertindak menjangkaui tanggungjawabnya sebagai seorang pegawai polis untuk membantu ibu kepada lima anak kecil yang diberkas buat kali kedua pada 2017 kerana kesalahan mencuri susu tepung bayi, dengan mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi termasuk Persatuan Rakyat (PA) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Sewaktu lawatan pertama ke rumah wanita tersebut, SSGT Fauzi mendapati wanita itu terdesak melakukan kesalahan itu kerana tidak mampu membeli susu untuk anak kecilnya yang ketika itu hanya berusia setahun.



Mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan bulanan suami, yang merupakan pencari nafkah tunggal, sebanyak $2,000.



Usaha murni SSGT Fauzi telah membantu keluarga tersebut mendapatkan bantuan kewangan dari MSF serta baucar membeli susu tepung bayi sebanyak $700.



"Sebagai bapa kepada dua orang anak lelaki kecil, saya faham betapa mahalnya harga susu tepung. Jadi saya cuba membantu mereka dengan mendapatkan geran bantuan agar dapat meringankan beban mereka," ujarnya.



Sementara itu, antara enam pemenang anugerah HTAA tahun ini ialah pasukan pelatih lima anggota dari Pusat Simulasi Home Team (HTSC) yang mengendalikan Sistem Simulasi Home Team (HTS2).



Sejak diperkenalkan tahun lalu, sistem yang digunakan bagi latihan menyerupai pelbagai kejadian kecemasan dan krisis, berjaya melatih seramai 700 pegawai Home Team termasuk dari Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Penolong Pengarah (HTS2), Pusat Transformasi Kemahiran, Akademi Home Team (HTA), Timbalan Superintenden (DSP) Mohd Ilkhan, yang mewakili pasukannya berharap usaha mereka dalam memperkenalkan kaedah latihan simulasi ini akan terus mempertingkatkan keberkesanan pegawai Home Team dalam melaksanakan tugas mereka.



"Kami mahu menggalak perubahan minda tentang cara pegawai dapat menjalani latihan kerana mereka mungkin sudah terbiasa dengan cara latihan konvensional dan kadang-kala menyoalkan kecekapan menggunakan latihan simulasi. Oleh itu, kami mahu mendedahkan mereka terhadap latihan simulasi ini dan memastikan kaedah latihan ini dapat menyuntik realisme," ujarnya.



Sejumlah 98 anugerah OE turut diberikan semalam yang turut mengiktiraf kecekapan pasukan SCDF dari Balai Bomba Central yang diketuai Leftenan Kolonel Noor Azam Kasiri, dalam memandamkan kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Sing Avenue pada Julai lalu.



Lagi 13 anugerah InnovA diberikan kepada pegawai Home Team yang cemerlang dalam mencuba inovasi baru di tempat kerja.




"Sebagai bapa kepada dua orang anak lelaki kecil, saya faham betapa mahalnya harga susu tepung. Jadi saya cuba membantu mereka dengan mendapatkan geran bantuan agar dapat meringankan beban mereka."
- (SSGT) Ahmad Fauzi Sani, pegawai polis masyarakat dari Balai Polis Kejiranan Jurong East.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >