Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SANJUNGAN

Guru pesara terus giat sumbang semula kepada masyarakat

Apr 24, 2022 | 05:30 AM



    ADA 1952 ketika usianya tiga tahun, Encik Mashuthoo Abdul Rahiman datang ke Singapura dari India bersama ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain.



    Datang sehelai sepinggang, mereka mencari kehidupan lebih baik di sini selepas Perang Dunia Kedua.



    Mengenang tempoh sukar itu, Encik Mashuthoo, anak ketiga daripada empat beradik berkata, zaman awal kanak-kanaknya itu telah membentuk dirinya.



    "Kami tinggal di rumah kedai di Race Course Road, saiznya lebih kecil daripada flat HDB satu bilik, dan kami enam beranak terpaksa hidup bersama dalam keadaan sempit.



    "Pada waktu itu, banyak keluarga berjuang untuk hidup hari ke hari... memang sangat biasa bagi kanak-kanak untuk tak ke sekolah sebab tak ada duit, tak ada sarapan, tak boleh bayar yuran.



    "Situasi itu membentuk diri saya dan memberi saya asas yang kukuh serta memberi saya motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh," kongsi beliau, yang berjaya menjadi seorang guru mengajar bahasa Tamil.



    "Mengajar merupakan impian saya. Saya lihat guru-guru saya sebagai teladan yang sangat baik dan saya rasa menjadi guru ialah salah satu tugas yang terbaik untuk menyumbang semula kepada negara, masyarakat dan mereka yang memerlukan," katanya.



    Ketika beberapa tahun awalnya mengajar di Sekolah Rendah Sungei Kadut, ramai pelajar mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu membeli buku atau membayar yuran, ceritanya.



    Oleh itu, Encik Mashuthoo akan membantu memberi wang saku kepada mereka, membelikan buku sekolah dan pada musim perayaan, beliau akan memberi sedikit barang dapur untuk membantu keluarga mereka.



    Pada 1979, beliau dan rakan-rakan guru lain menggembleng tenaga dan memulakan program tuisyen percuma bagi pelajar kurang berkemampuan dan memerlukan sokongan tambahan dalam pelajaran mereka.



    Kini pada usia 73 tahun dan sudah bersara, Encik Mashuthoo masih giat menyumbang semula kepada masyarakat, terutamanya membantu para pelajar yang memerlukan. Kata beliau:



    "Saya fikir lebih baik mempunyai program lebih berstruktur bagi mereka, membantu satu, dua pelajar sahaja tidak mencukupi.



    "Untuk membantu lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, saya memulakan Dana Barakath pada 2017."



    Wang $100,000 untuk memulakan dana tersebut didapatkan daripada keuntungan menjual dua buku yang ditulisnya - Singapore Tamil Muslims dan At the Threshold of My Life.



    Selain itu, baru-baru ini juga, Encik Mashuthoo membuka Barakhath Restaurant di 11 Dalhousie Lane dengan tujuan memberi makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan.



    "Setiap hari kita beri makan kepada orang miskin. Bagi saya, untuk buat duit tidak penting, yang lebih penting nilai kehidupan.



    "Dalam bulan Ramadan ini, setiap hari kami beri 30 hingga 40 orang makanan untuk berbuka puasa," katanya.



    Atas sumbangan beliau kepada masyarakat saban tahun, Encik Mashuthoo telah menerima Anugerah Wira dalam Diam Singapura atau Singapore Silent Heroes dua tahun lalu.



    Anugerah tersebut yang dianjurkan setiap tahun oleh - Persatuan Orang Awam (Singapura) (CAS) bertujuan mengiktiraf warga dan penduduk tetap Singapura bagi sumbangan luar biasa mereka terhadap orang ramai atau misi tertentu.



    Awal bulan ini, pencalonan bagi edisi ke-9 Anugerah Wira dalam Diam Singapura telah dibuka.



    Pencalonan boleh dibuat di https://www.sgsilentheroes.com/online-nomination/.




    ANUGERAH WIRA DALAM DIAM



    • Dianjurkan Persatuan Orang Awam (Singapura) (CAS) secara tahunan

    • Bertujuan mengiktiraf warga dan penduduk tetap Singapura atas kemanusiaan dan belas ihsan mereka yang luar biasa terhadap manusia, tujuan dan misi

    • Sehingga kini, 622 pencalonan diterima dan 43 anugerah disampaikan




    Video Baru

    Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
    Pilih perkataan yang betul 1/3
    =
    Pilih perkataan yang betul
    Betul!
    Salah!
    < Kuiz sebelumnya
    Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
    Kuiz seterusnya >