Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anwar mula lawatan rasmi ke S'pura

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan melakukan lawatan ke Singapura hari ini.



Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini selaku perdana menteri.



Beliau, yang juga Menteri Kewangan, akan ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Kementerian itu berkata lawatan Datuk Anwar itu menekankan hubungan erat dan lama antara Singapura dengan Malaysia, serta rakyatnya.



Sebagai sebahagian daripada rangka lawatannya itu, beliau akan menghadiri majlis sambutan rasmi di Istana dan akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob.



Datuk Anwar juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang juga akan menghoskan jamuan tengah hari rasmi untuk beliau.



MFA menambah bahawa Encik Lee dan Datuk Anwar juga akan menyaksikan acara menandatangani tiga perjanjian antara kedua-dua negara itu.



Ini termasuk dua Rangka Kerja Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau antara Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan Malaysia.



Kedua-dua negara itu juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama dalam Bidang Perlindungan Data Peribadi, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital antara Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dengan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia.



Datuk Anwar dan isteri juga akan menghadiri upacara penamaan hibrid orkid baru, yang akan dinamakan sebagai penghormatan kepada mereka.



Beliau akan diiringi Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.



Semalam, Datuk Zambry dalam satu sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan rasmi itu berkata Datuk Anwar telah melahirkan komitmen menyelesaikan beberapa isu dua hala tertunggak antara Malaysia dengan Singapura membabitkan maritim, ruang udara dan bekalan air dengan segera, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



"Perdana Menteri melihat setiap perkara yang selama ini menjadi masalah dan halangan serta melambatkan proses dipersetujui dan diselesaikan, akan cuba diselesaikan pada kadar segera.



"Mesej sama ini dibawa Perdana Menteri semasa lawatan rasmi Malaysia ke Indonesia dan Brunei baru-baru ini.



"Pada lawatan rasmi Perdana Menteri ke Singapura bermula esok (hari ini), beliau akan suarakan hal yang sama bagi menyelesaikan isu tertunggak antara dua negara membabitkan isu maritim, ruang udara dan bekalan air," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >