Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Anwar: PAS, Bersatu rancang sertai BN tubuh kerajaan

Nov 17, 2022 | 07:11 AM



KETUA pembangkang dan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menuduh Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bersubahat dengan Barisan Nasional (BN) untuk bergabung menubuhkan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)



Ini menyusuli pengakuan mengejut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bahawa parti itu bersedia bergabung dengan BN sekiranya tidak mendapat majoriti mudah pada 19 November nanti.



"Semua yang kata kutuk sana, kutuk sini tolak Umno, Umno tolak PAS dan Bersatu, itu semua wayang kulit.



"Sebab tu kita dalam Pakatan Harapan, kalau nak buat perubahan, kita tolak dua-dua pemain wayang ini dan pertahankan kerana Harapan nak mentadbir dengan agenda perubahan yang baru," tegas Datuk Seri Anwar ketika ditemui di Sekinchan, Sungai Besar, Selangor Selasa lalu.



Menurutnya, PH sudah lama menyedari rancangan dan rundingan antara Umno, PAS dan Bersatu untuk bergabung dan membentuk kerajaan baru.



"Kenapa tak beritahu rakyat terang-terang?



"Kita istiqamah dengan dasar perjuangan yang jelas," kata Datuk Seri Anwar.



Satu kaji selidik awal minggu ini daripada lebih 10 institusi dan pertubuhan menunjukkan PH sedang mendahului BN di semenanjung.



PH diramalkan menerima antara 90 hingga 100 undi - sekurang-kurangnya 50 undi lebih banyak daripada BN.



Oleh kerana itu, BN perlu mendapat kerjasama dan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.



Bagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan beliau sedia bergabung dan menyokong BN.



Ketika diminta penjelasan, Datuk Seri Takiyuddin berkata beliau telah merujuk kepada Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang, sebelum mengeluarkan kenyataan itu,



"Mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah minimum 112 kerusi pada PRU15 nanti, parti itu akan menubuhkan kerajaan sendiri tetapi jika sebaliknya, akan ada parti bergabung untuk membentuk kerajaan.



"Oleh sebab itu, PAS perlu bergabung dan pilihan adalah dengan BN," katanya.



Langkah PAS itu memang sudah diduga ramai penganalisis politik.



Malah, senario ini dibayangkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, dalam satu wawancara eksklusif dengan Berita Harian Sabtu lalu.



Beliau menyuarakan kebimbangan sebuah kerajaan yang rapuh dan kurang stabil akan dibentuk dengan gabungan BN, PAS dan Bersatu - serupa dengan keadaan sebelum PRU15.



Beberapa orang penyokong PAS yang dihubungi mengatakan langkah bergabung dengan BN itu, walaupun kelihatan kontroversial, adalah wajar demi menghalang Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuasa dalam kerajaan.



"Atas dasar itu, PAS menyokong Langkah Sheraton dan membentuk kerajaan bersama Tan Seri Muhyiddin dan kemudian Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.



" Asalkan DAP tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan yang memerintah, dan pastikan yang memimpin bukan daripada kluster mahkamah Umno," jelas Encik Mohd Azrul Azuan, seorang usahawan dan siswazah Universiti Al- Azhar, penyokong PAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >