Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP gerakan pekerja saran lebih sokongan bagi individu kerja sendiri tingkat kemahiran

Feb 23, 2023 | 10:48 PM



ANGGOTA Parlimen (AP) gerakan pekerja telah menyarankan lebih banyak sokongan untuk individu yang bekerja sendiri (SEP) dan golongan menganggur agar membantu mereka melatih, mempertingkat kemahiran, dan mencari peluang pekerjaan.


Berucap pada hari kedua perbahasan Belanjawan pada Khamis, Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, mencadangkan agar elaun latihan diluaskan bagi pelatih tajaan sendiri untuk merangkumi SEP, supaya mereka boleh meluangkan masa mempertingkat kemahiran.


Cik Yeo (GRC Pasir Ris-Punggol) selanjutnya menggesa pemerintah agar mempertimbang sokongan lebih mendalam bagi SEP untuk meningkatkan kemahiran dalam kemahiran penting seperti pendigitalan.


Ini lebih-lebih lagi bagi SEP yang bekerja dalam sektor yang dijejas gangguan teknologi seperti industri pengangkutan dan media, katanya.


“Ketiga, bangunkan rangka kerja kemahiran bagi SEP dalam bidang berdasarkan perdagangan dan kraf seperti jurugambar, juruvideo, tukang paip, mekanik dan memasukkan program perantisan ke dalam rangka kerja latihan sedemikian bersama sokongan pemerintah,” tambahnya.


Melahirkan pandangan serupa, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay, menyeru agar sokongan kewangan jangka pendek diberi kepada mereka yang hilang pekerjaan.


Menurut Encik Tay (Pioneer), golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) kurang kemungkinannya menerima sokongan pemerintah ekoran pendapatan lebih tinggi sebelum ini, tetapi golongan ini semakin mudah terjejas disebabkan pertukaran ekonomi yang pesat.


Apabila dilengkapi dengan campur tangan pasaran pekerja aktif, sokongan pengangguran, atau sokongan untuk pekerjaan semula, boleh membantu PME yang hilang pekerjaan dalam usaha mencari kerja.


“Sokongan itu memberi pekerja yang hilang pekerjaan ruang mempertingkat kemahiran mereka dan mencari pekerjaan sesuai, sambil dapat terus menyokong keperluan asas keluarga mereka sewaktu tempoh sukar ini,” katanya.


Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) dari Parti Pekerja (WP), berkata skim optimum bagi insurans pengangguran cenderung untuk mengikat bayaran lebih tinggi kepada tempoh lebih pendek.


Kemungkinan lain adalah mempunyai faedah yang semakin lama akan berkurangan atau mengenakan cukai gaji lebih tinggi setelah mendapat pekerjaan semula, sekiranya pekerja telah menganggur buat masa lebih lama.


Isu lain yang turut disentuh AP termasuk sokongan lebih kukuh kepada golongan dalam keadaan lebih mencabar seperti bekas pesalah serta mereka yang bergelut dengan hutang.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dijangka menggulung perbahasan Belanjawan 2023 pada Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >