Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GST DAN PERUBAHAN CUKAI LAIN

AP harap lebih banyak usaha bantu rakyat tangani kesan harga naik

Sambut baik penangguhan kenaikan GST bermula tahun depan
Mar 01, 2022 | 05:30 AM



PARA Anggota Parlimen (AP) berharap pemerintah boleh melakukan lebih banyak usaha membantu rakyat menangani kesan harga yang melambung, sedang mereka menyambut baik usaha menangguhkan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 2023 dan 2024.



Beberapa AP berkata, sementara kenaikan GST tidak boleh dielakkan, dengan melaksanakan ia dalam dua peringkat mulai tahun depan, ia dapat mengurangkan tekanan inflasi.



Sementara itu, dengan ada AP yang bertanyakan bagaimana kenaikan GST akan menjejas golongan berpendapatan pertengahan, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata bahawa beliau akan memberikan respon sepenuhnya dalam ucapan rumusannya esok.



Dalam perbahasan mengenai Belanjawan 2022 semalam, pelbagai saranan dikemukakan AP untuk merangsang sokongan oleh pemerintah termasuk semakan ke atas kriteria nilai tahunan hartanah untuk kelayakan skim-skim sokongan.



Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) berkata rejim percukaian dan geran negara ini telah lama cenderung dalam membantu golongan kurang bernasib baik.



"Maka perubahan cukai kali ini mengukuhkan lagi ciri ini dengan menaikkan cukai pendapatan dan cukai harta bagi golongan berpendapatan tinggi di samping meluaskan bantuan dan subsidi untuk keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan," ujar beliau.



Dalam Belanjawan 2022, pemerintah mengumumkan GST akan dinaikkan daripada 7 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Januari 2023, dan seterusnya daripada 8 peratus kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024.



Pada masa sama, pemerintah menyediakan Pakej Jaminan berjumlah $6.6 bilion yang akan membantu rakyat mengatasi perbelanjaan GST tambahan. Pakej itu termasuk bayaran wang tunai, rebat GST-U Save dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).



Cukai lain dinaikkan termasuk cukai hartanah ke atas 7 peratus teratas hartanah perumahan yang didiami oleh pemilik.



Cik Jessica Tan (GRC East Coast) berkata bantuan pemerintah turut menumpukan pada golongan pertengahan.



"Sementara sokongan di bawah Pakej Jaminan seharusnya dan menyediakan lebih banyak bantuan untuk golongan berpendapatan lebih rendah, pakej ini juga menandakan hasrat pemerintah untuk mengurangkan kesan kenaikan GST bagi menyertakan lebih banyak isi rumah perpendapatan pertengahan."



Cik Tan menarik perhatian, satu hal penting tetapi tidak terlalu ketara ialah kelayakan pembayaran wang tunai adalah berdasarkan pendapatan yang boleh dinilai dan pemilikan hartanah, dan bukan nilai tahunan (AV) kediaman.



AV hartanah sering digunakan sebagai kriteria kelayakan banyak skim sokongan, tambah beliau.



Sementara ia mencerminkan keupayaan seseorang tetapi ia tidak sentiasa bermakna semua yang menetap dalam hartanah ini mempunyai tahap kelebihan lebih tinggi, jelas Cik Tan.



"Dalam semangat memperkukuhkan kompak sosial... saya ingin bertanya jika boleh memperhalusi penggunaan kriteria AV bagi kelayakan skim sokongan.



"Saya tidak meminta AV dimansuhkan tetapi disemak semula kepada pemilikan rumah berbanding kediaman untuk anggota keluarga lebih besar atau AV lebih tinggi untuk 'generasi yang tersepit'," saran beliau.



Mengenai penyesuaian cukai karbon pula, beberapa AP menyeru agar langkah sokongan dihulurkan semasa tempoh peralihan sedang kadar karbon meningkat sambil menarik perhatian bahawa ini akan menjejas perniagaan dan isi keluarga.



Kadar cukai karbon akan dinaikkan daripada $5 bagi setiap tan pengeluaran kepada antara $50 dengan $80 menjelang 2030, dengan matlamat pengeluaran sifar menjelang atau sekitar 2050.



Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) berkata kadar cukai lebih tinggi bermakna harga tenaga lebih tinggi serta kenaikan signifikan khususnya bagi sektor pengilangan, yang 9 peratus hingga 10 peratus kos operasi terdiri daripada kos tenaga.



Justeru, beliau mengusulkan agar langkah bantuan peralihan diberikan bagi mengurangkan kesan kos elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >