Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

AP: Kenaikan GST wajar walaupun pahit

AP PAP dan pembangkang saling berhujah kewajaran GST dinaikkan sedang kos sara hidup, inflasi naik
Nov 08, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan pembangkang bertikam lidah di Parlimen semalam mengenai apakah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dinaikkan di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup dan inflasi yang meningkat.



Menyertai perbahasan di Parlimen semalam, beberapa AP PAP berkata langkah kenaikan GST, yang diiringi sokongan untuk golongan paling memerlukan, adalah perkara wajar yang dilakukan meskipun pahit.



Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) menarik perhatian bahawa pemerintah telah menerangkan bahawa GST perlu dinaikkan untuk menampung perbelanjaan sosial dan penjagaan kesihatan yang sedang meningkat.



"Walaupun ini satu keputusan sukar, Parlimen ini harus melakukan perkara yang sewajarnya.



"Perkara sewajarnya yang perlu dilakukan adalah untuk melindungi kewangan kita secara bertanggungjawab agar kita boleh benar-benar menjaga pelbagai golongan warga Singapura - yang tua dan keluarga yang menyokong mereka, mereka yang berpendapatan pertengahan dan rendah, pesara, warga lebih muda, dan generasi masa depan," ujar Encik Liang.



AP Parti Pekerja (WP), Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang), pula berkata langkah menaikkan GST di tengah-tengah inflasi yang tidak menentu dan harga barangan yang tinggi adalah satu langkah tidak bertanggungjawab yang perlu ditangguhkan.



Katanya, secara prinsip, kenaikan cukai boleh menjejas permintaan dan mengawal harga daripada terus meningkat, tetapi cukai ini juga boleh meningkatkan kos yang dihadapi firma dan ini boleh menjejas bekalan lalu menaikkan harga barangan.



Beliau memberikan contoh di negara seperti Jepun yang mengalami kenaikan inflasi setelah kenaikan cukai seperti GST.



"Bayangkan kalau inflasi naik berganda daripada sekarang kepada tahap yang tidak tertanggung," ujar Profesor Lim.



Memberi respons, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata konteks Jepun berbeza kerana waktu itu negara tersebut berada dalam sekitaran deflasi, dengan inflasi yang naik seganda dari 1 peratus kepada 2 peratus, setelah GST dinaikkan.



Seorang lagi AP PAP, Encik Sitoh Yih Pin (Potong Pasir) berkata pemerintah tidak mampu melindungi warga Singapura daripada arus cabaran global.



"Tidak bertanggungjawab juga bagi pemerintah untuk membelanjakan lebih daripada peruntukan yang adil agar generasi warga Singapura kini tidak rasa pahit langsung, dan melepaskannya kepada generasi selanjutnya untuk merasakan kepahitan tambahan," kata Encik Sitoh.



AP Tanpa Kawasan Undi, Encik Leong Mun Wai, daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) pula menyampaikan kisah keluarga 'Ah Seng' dan 'Ah Gong' - seorang cucu dan datuk.



Encik Leong mengibaratkan kenaikan GST dengan seorang cucu yang dibebani dengan perbelanjaan harian dan diminta datuknya untuk menyumbang lebih kepada perbelanjaan keluarga, tetapi kemudian sedar bahawa keluarga mereka sebenarnya mempunyai sejumlah wang yang banyak yang diwarisi.



Apabila cucu itu bertanya tentang wang yang diwarisi itu, datuk itu naik marah lalu berkata mereka harus ketepikan wang itu untuk generasi masa depan.



"Sebenarnya saya setuju mereka harus peruntuk wang lebih untuk generasi akan datang tetapi keutamaan segera haruslah untuk menghuraikan masalah yang mereka hadapi sekarang," kata Encik Leong.



Memberi respons, Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, berkata kisah itu sepatutnya memberi gambaran yang lebih penuh mengenai apa yang dibayar 'Ah Seng' (cucu) kepada 'Ah Gong' (datuk) sebenarnya lebih kurang daripada apa yang Ah Gong berikan si cucu.



"Ah Gong dan Ah Ma telah bekerja keras untuk membesarkan Ah Seng hingga menjadi dewasa. Bukan untuk mereka belanja sesuka hati untuk diri mereka sendiri. Tetapi mereka menyiapkan perbelanjaan untuk Ah Seng, anaknya dan generasi akan datang," kata Encik Chee.




 "Perkara sewajarnya yang perlu dilakukan adalah untuk melindungi kewangan kita secara bertanggungjawab agar kita boleh benar-benar menjaga pelbagai golongan warga Singapura - yang tua dan keluarga yang menyokong mereka, mereka yang berpendapatan pertengahan dan rendah, pesara, warga lebih muda, dan generasi masa depan."



- Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >