Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP pembangkang tolak dakwaan cadangan sifat populis

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) pihak pembangkang membidas dakwaan pemerintah bahawa saranan mereka bersifat populis dan menyelindungi imbalan di sebalik saranan itu.



Menekankan hal ini dalam hujahnya semasa hari kedua perbahasan mengenai Ucapan Presiden, Encik Leon Perera (GRC Aljunied) berkata Parti Pekerja (WP) telah memperjuangkan dasar alternatif dalam manifesto dan di Parlimen, yang amat berbeza daripada dasar Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Ini termasuk insurans kelebihpadaan yang sedang ditimbangkan oleh pemerintahan PAP sekarang.



"Timbalan Perdana Menteri dan PAP tahu mengenai hal ini. Jadi marilah kita jujur dalam perbahasan politik kita... dan bukan memberi kenyataan yang palsu dan menunjuk-nunjuk, yang boleh mencemar pesaing kita," ujar Encik Perera.



Encik Perera berkata demikian sebagai respons kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada Isnin, yang menyeru anggota pembangkang supaya menawarkan agenda alternatif serius dan bersikap jujur tentang imbalannya dan bukan hanya idea populis yang boleh menghakis kepercayaan terhadap pemerintah.



Encik Wong turut mengatakan yang WP telah menawarkan huraian pendapatan lain tetapi perangkaan diberikan tidak masuk akal.



Menyangkal ini, Encik Perera berkata daripada melabel pembangkang sebagai tidak jujur, pemerintah sebaliknya harus menumpukan kepada menjelaskan mengapa ia tidak bersetuju dengan saranan dibuat.



Beliau meminta agar para AP untuk bersikap adil terhadap pandangan satu sama lain, termasuk mereka yang dari parti berlainan, dan untuk menerima jika ada perbezaan pendapat, daripada terus melabel pihak lain sebagai tidak jujur.



Label sedemikian akan menjejas perbahasan jika idea alternatif dikritik atau dilabel sebagai tidak baik, menurut Encik Perera.



Mengenai kepercayaan kepada pemerintah, Encik Perera berkata bahawa kepercayaan kepada institusi bebas di negeri ini adalah satu perkara yang sangat baik, jika ia adalah wajar.



Tetapi orang ramai tidak seharusnya mempercayai kepimpinan politik secara membuta tuli, tidak kira jika maklumat berkaitan telah didedahkan dan bagaimana pemerintah bertindak.



Tambahan pula, kepercayaan kepada pemerintah tidak bermakna mereka tidak percaya kepada pembangkang apabila mereka tidak bersetuju, katanya.



"Kita tidak seharusnya memperjuangkan landskap politik di mana orang ramai secara semula jadi mempercayai pemerintah tetapi secara semula jadi tidak mempercayai pembangkang atau sebaliknya...Kita harus berusaha lebih baik untuk mencapai rakyat yang berpendidikan dalam politik yang memberikan kepercayaan berdasarkan fakta dan bukti daripada institusi bebas yang memang sepatutnya berfungsi sedemikian," jelas Encik Perera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >