Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa kata para tetamu

Nov 08, 2023 | 07:00 PM



Apa kata para tetamu mengenai penerima Anugerah Jauhari Encik Shahrin Abdol Salam







“Pemenang malam ini mencerminkan keupayaan dan bakat yang pelbagai dalam masyarakat kita. Ini menunjukkan kita sebagai sebuah masyarakat mempunyai potensi yang luas dalam pelbagai bidang... Paling penting bagi saya pada malam ini ialah bagaimana Jauhari dan Jauhari Harapan dapat menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk mencapai lebih jauh, lebih tinggi.”

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad







“Penerima Anugerah Jauhari ini bagi saya menunjukkan beliau mempunyai kesungguhan sehingga mencapai tahap yang tinggi dalam kerjayanya. Ini menjadi satu perkara yang boleh dicontohi. Maknanya, kalau kita buat sesuatu itu, kita kena fokus dan bersungguh-sungguh kerana ketekunan itu akan membawa kepada kejayaan.”

- Personaliti media dan karyawan perhubungan awam, Encik Suhaimi Yusof.







“Penerima Anugerah Jauhari ini membanggakan masyarakat Melayu dan memang wajar diiktiraf sebagai Jauhari. Beliau akan dapat memberi motivasi kepada masyarakat kita untuk lebih maju ke hadapan, dan saya percaya ini dapat kita lakukan sebagai sebuah masyarakat, supaya kita dapat sentiasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain.”

- Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Azhar Othman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >