Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa kata para tetamu

Nov 08, 2023 | 08:54 PM



Apa kata tetamu mengenai penerima Anugerah Jauhari dan Anugerah Jauhari Harapan







“Pencapaian penerima Jauhari, Encik Shahrin menyumbang hingga ke peringkat antarabangsa ini bagi saya paling menyerlah. Beliau umpamanya bermula daripada peringkat yang rendah, tapi kemajuan yang telah dicapai, tahap demi tahap, hingga ke peringkat sedunia. Jadi, beliau menunjukkan bahawa kita mempunyai kemampuan. Begitu juga dengan penerima Jauhari Harapan. Beliau menyumbang dalam bidang digital dan memanfaatkan dunia digital untuk mengharumkan nama serta budaya masyarakat Melayu/Islam kita dalam konteks era digital.”

- Mantan Menteri Negara Kanan dan Pengerusi Panel Penilai Anugerah Jauhari Berita Harian, Encik Zainul Abidin Rasheed.







“Kejayaan Shazza, yang dipilih sebagai penerima Jauhari Harapan, akan membakar semangat anak-anak muda kita. Kita lihat ramai yang mungkin mudah terpengaruh dengan perkara tidak baik di media sosial. Jadi saya rasa apabila kita dapat melihat individu yang mempunyai niat yang murni membangunkan masyarakat, bukan hanya untuk berjaya sendiri tetapi ingin melihat teman-teman dan rakan-rakan yang lain juga sama-sama berjaya. Usaha sedemikian dapat meninggalkan impak yang positif kepada masyarakat.”

- Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid.







“Bagi saya, para penerima anugerah malam ini memang menyerlah. Bagi Shazza, beliau dapat mengembangkan minatnya dalam muzik melepasi batas antarabangsa sehingga ke Amerika Syarikat, sambil terus mengekalkan kebolehan menyanyi lagu-lagu Melayu. Beliau masih muda, dan saya yakin ini sekadar permulaan dan beliau akan mencapai kejayaan lebih tinggi pada masa akan datang.”

- Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >