Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apakah makna susuli pengisytiharan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) Sabtu lalu mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam keprihatinan antarabangsa (PHEIC) - tahap amaran tertinggi untuk sesebuah penyakit, berikutan penularannya yang pesat di serata dunia.



Apakah yang akan berlaku dengan cacar monyet kini diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan peringkat sejagat?



Berita Harian menerangkan.



Soalan (S): Apakah maksud pengisytiharan PHEIC?



Jawapan (J): Ini bermakna WHO melihat cacar monyet sebagai ancaman serius kepada kesihatan awam dengan penularan antarabangsa yang memerlukan pendekatan bersepadu.



Pemerintah kini dijangka menghadapi tekanan untuk mengakui masalah yang semakin meningkat itu dan mengambil tindakan. Pengisytiharan itu juga dijangka membuka pembiayaan untuk penyelidikan.



Ketua pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pengisytiharan itu akan membantu mempercepatkan pembangunan vaksin.



Vaksin dan ubat antivirus cacar sedang digunakan untuk merawat cacar monyet.



S: Bilakah kecemasan awam diisytiharkan?



J: Semasa mempertimbangkan risiko kesihatan sesebuah wabak, termasuk kebolehjangkitan global, WHO membentuk panel pakar antarabangsa untuk memberi nasihat mengenai tindak balas.



Sesebuah penyakit dikategorikan sebagai PHEIC apabila ia dianggap menimbulkan risiko kepada kesihatan awam kerana ia merebak ke seluruh dunia, dan memerlukan tindak balas antarabangsa yang diselaraskan.



Kematian akibat cacar monyet adalah rendah, dengan lima kematian dilaporkan, dan vaksin tersedia.



Faktor ini membahagikan jawatankuasa kecemasan WHO seramai 16 anggota mengenai klasifikasi penularan itu, tetapi Dr Tedros membuat keputusan mengisytiharkan satu kecemasan kesihatan.



Cacar monyet ialah kecemasan kesihatan ketujuh yang diisytiharkan oleh WHO. Yang lain termasuk selesema babi pada 2009, Ebola pada 2014 dan 2019, virus Zika pada 2016, virus polio pada 2014 dan Covid-19 pada 2020.



S: Apakah langkah seterusnya?



J: Apa yang dikhuatiri kini adalah penyebaran berterusan penyakit itu di peringkat antarabangsa, terutama kerana pakar tidak tahu sepenuhnya cara penularannya.



Negara-negara digesa agar meningkatkan pengawasan dan langkah kesihatan awam, serta memperkukuh keupayaan mereka untuk merawat, mencegah dan mengawal jangkitan di kemudahan perubatan mereka.



Negara-negara yang mampu menghasilkan vaksin, rawatan dan cara untuk mendiagnosis cacar monyet juga telah digesa membangunkannya jika berlaku peningkatan kes yang lebih lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >