Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi bantu cari tempat sedia bubur, makanan lain percuma

Apr 27, 2020 | 05:30 AM



PENUTUPAN semua masjid Singapura semasa Ramadan dek langkah pemutus litar jangkitan koronavirus Covid-19 bermakna pengagihan bubur sekarang tidak seperti dulu.



Bagi membantu golongan memerlukan mencari bubur terdekat rumah mereka secara selamat semasa tempoh pemutus litar ini, seorang jurutera sofwe, Encik Hazrul Azhar Jamari, menghasilkan satu aplikasi bagi membantu mereka.



Encik Hazrul, 37 tahun, seorang sukarelawan bersama M3@Admiralty, berkata yang mendorongnya menghasilkan aplikasi berdasarkan laman web - Buburgowhere.sg - itu ialah keinginan menyumbang kepada inisiatif #SGUnited Buka Puasa.



Inisiatif itu memberikan makanan percuma, termasuk bubur, kepada keluarga memerlukan serta kakitangan di barisan hadapan.



"Apabila saya mendapat tahu tentang inisiatif ini, saya mahu menyumbang kemahiran saya dalam bidang teknologi dan memikirkan cara memudahkan inisiatif itu berjalan.



"Maka terhasil aplikasi ini, yang turut menyenaraikan kelab masyarakat terdekat di bawah #SGUnited Buka Puasa yang mengagih bubur atau makanan.



"Pada mulanya, aplikasi ini memberi tumpuan pada pengagihan bubur tetapi ia kemudian dibuka juga kepada pengagihan makanan lain.



"Sebabnya ialah saya sedar Ramadan kali ini sangat payah dan sedih sekali. Mereka yang paling terkesan ialah yang miskin, kehilangan pekerjaan atau pendapatan.



"Jadi saya berharap masyarakat boleh menolong apa yang termampu, dengan apa-apa sumbangan makanan dan minuman bagi keluarga yang terjejas oleh wabak ini," ujar Encik Hazrul.



Untuk memanfaatkan aplikasi itu, seseorang hanya perlu memasukkan alamat atau poskod mereka, dan mereka akan diarahkan ke lokasi terdekat yang mengagi bubur atau makanan lain secara percuma.



Buat masa ini, 27 tempat menyediakan bubur atau makanan daripada pelbagai pihak, termasuk pemerintah, perniagaan dan individu, tersenarai.



"Alhamdulillah, masyarakat kita sangat murah hati dan sebanyak 20 pihak lagi telah memohon untuk disenaraikan ke laman itu pada masa ini.



"Tetapi saya terpaksa mengurangkan pada mana yang lebih sesuai supaya semua selamat dan patuh dengan peraturan di bawah pemutus litar," kata Encik Hazrul.



Sejak aplikasi itu beroperasi Jumaat lalu, hari pertama Ramadan, 7,400 pengguna telah memanfaatkannya.




"Apabila saya mendapat tahu tentang inisiatif ini (#SGUnited Buka Puasa), saya mahu menyumbang kemahiran saya dalam bidang teknologi dan memikirkan cara memudahkan inisiatif ini berjalan. Maka terhasil aplikasi ini, yang turut menyenaraikan kelab masyarakat terdekat di bawah #SGUnited Buka Puasa yang mengagih bubur atau makanan. Saya sedar Ramadan kali ini sangat payah dan sedih. Yang paling terkesan ialah mereka yang miskin, kehilangan pekerjaan atau pendapatan. Jadi saya berharap masyarakat boleh menolong apa yang termampu, dengan apa-apa sumbangan makanan dan minuman bagi keluarga terjejas oleh wabak ini."
- Majdgad..," ujar Encik Hazrul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >