Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi baru buat janji temu derma darah

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH aplikasi baru bagi memudahkan orang ramai menempah janji temu untuk menderma darah serta mengakses butiran berkait pendermaan darah telah dilancarkan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Palang Merah Singapura (SRC) semalam.



Aplikasi mudah alih DonateBlood itu membolehkan penderma melakukan kegiatan berkait derma darah seperti mengakses khidmat janji temu serta meneliti sejarah pendermaan masing-masing pada bila-bila masa melalui telefon bimbit dan SingPass.



HSA dan SRC dalam satu kenyataan bersama berkata aplikasi ini dihasilkan sebagai sebahagian daripada inisiatif digital Program Darah Nasional untuk mempertingkat pengalaman penderma dengan memudahkan proses untuk derma darah.



Pengguna boleh memuat turun aplikasi berkenaan menerusi Apple App Store dan Google Play Store.



Menerusi aplikasi itu, pengguna dapat mengemas kini butiran peribadi mereka dan mengakses borang penilaian kesihatan serta kad penderma digital mereka.



Ciri lain turut termasuk membolehkan pengguna mencari lokasi-lokasi bank darah setempat serta menawarkan butiran pendidikan, laporan dan acara berkait usaha pendermaan darah.



Dalam kenyataannya semalam, HSA dan SRC berkata sehingga kini, hanya 1.8 peratus penduduk Singapura menderma darah.



Daripada jumlah itu, hanya sekitar 40 peratus menderma darah sekurang-kurangnya dua kali setiap tahun.



Kedua-dua badan kesihatan itu berkata, pendermaan darah secara kerap adalah penting demi memastikan bekalan darah di Singapura cukup untuk menyokong keperluan rawatan transfusi darah di sini.



Menyusuli itu, dalam laporan media sebelum ini, setiap tahun hampir 30,000 pesakit di Singapura memerlukan transfusi darah untuk hidup.



Sebanyak 350 hingga 400 unit darah diperlukan setiap hari namun setiap orang hanya dapat menderma satu unit darah sahaja pada setiap masa.



Namun, menurut HSA, terdapat hanya 72,130 penderma darah tahun lalu, iaitu lebih kurang dua peratus populasi penduduk Singapura.



Dengan itu, HSA menggesa agar penderma darah yang sihat terus mengutamakan pendermaan secara kerap dan menempah janji temu menerusi aplikasi DonateBlood itu - yang dihasilkan HSA dan SRC setelah mengumpul maklum balas daripada golongan penderma menerusi perbincangan secara berkumpulan agar ia menawarkan ciri dan pengalaman yang bermanfaat.



"Dengan melancarkan aplikasi semua-dalam-satu ini kami berharap penderma baru akan mendapati ia lebih senang untuk menjadi seorang penderma dan bagi penderma sedia ada untuk menderma dengan lebih kerap," kata Dr Ang Ai Leen, Pengarah Kumpulan, Kumpulan Perkhidmatan Darah HSA.



Aplikasi DonateBlood itu turut merupakan sebahagian daripada usaha SRC untuk mendekati masyarakat dan mempertingkat pengalaman penderma, kata Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Encik Mr Benjamin William.



"Dengan memperkasa penderma dengan menawarkan maklumat kepada mereka dengan mudah, kami berharap lebih ramai individu yang sihat, terutamanya belia, membuat pendermaan darah sebagai sebahagian gaya hidup mereka serta mengajak teman-teman mereka membantu usaha menyelamatkan nyawa ini," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >