Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi ScamShield lindungi pengguna dari panggilan berkait penipuan

Sep 30, 2022 | 05:30 AM



PENGGUNA Android kini boleh memuat turun aplikasi yang dipanggil ScamShield, yang boleh menyekat panggilan daripada nombor yang disenaraihitamkan yang telah disahkan sebagai berkait dengan penipuan.



Aplikasi itu, yang juga boleh mengenal pasti SMS penipuan, juga boleh didapatkan di Google PlayStore.



Ia telah ditawarkan kepada pengguna iOS sejak November 2020.



Versi Android itu dilancarkan secara rasmi kelmarin oleh Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, semasa satu majlis makan malam untuk memperingati ulang tahun ke-40 Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands.



Aplikasi itu, yang dibangunkan oleh NCPC dan Produk Pemerintah Terbuka (OGP) dari Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), menyekat panggilan daripada pangkalan data yang diuruskan oleh NCPC dan polis. Pelancaran awalnya berlangsung pada 1 September lalu.



Sedang versi Android itu mempunyai ciri yang hampir sama dengan versi iOS - seperti menyekat dan melaporkan mesej dan panggilan penipuan - versi iOS dapat mengalihkan mesej penipuan ke ruang buang (junk folder), manakala versi Android hanya memberitahu pengguna mengenainya.



Ini disebabkan oleh batasan tertentu dalam sistem pengendalian Android, kata polis kelmarin.



SMS penipuan yang dikesan oleh ScamShield dihantar kepada NCPC dan polis untuk dikumpul.



Polis berkata ini membantu memastikan aplikasi itu sentiasa dikemas kini, untuk melindungi pengguna dengan lebih baik daripada panggilan dan mesej penipuan.



Polis berkata hingga 14 September, versi iOS ScamShield telah dimuat turun oleh lebih 315,000 pengguna dan telah membolehkan lebih 5.8 juta SMS dilaporkan, dan lebih 29,000 nombor telefon, dipercayai digunakan untuk panggilan penipuan, disekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >