Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arca harimau di pustaka tingkat kesedaran pulihara hidupan liar

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH arca baru harimau Malaya bersaiz sebenar didedahkan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Dana Kehidupan Liar Sedunia (WFF)-Singapura di Perpustakaan Awam Choa Chu Kang (CCKPL) semalam.



Dua pertubuhan itu berharap arca bertajuk 'Tribal Gold' itu, yang terletak di pintu masuk di aras empat, akan meningkatkan kesedaran tentang status harimau yang sangat terancam itu dan mendidik orang ramai tentang isu alam sekitar semasa dan pemuliharaan hidupan liar.



Majlis pelancaran itu dihadiri wakil daripada WWF dan NLB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WWF-Singapura, Encik R. Raghunathan, dan CEO NLB, Encik Ng Cher Pong.



Dicipta oleh Artis Tamu Temenggong dan para pelajar Akademi Seni Halus Nanyang, arca itu sebelum ini merupakan sebahagian daripada Jejak Harimau AR-mazing WWF, iaitu sebuah kempen yang diadakan tahun ini untuk menangani pengurangan jumlah populasi harimau.



Ia kemudiannya didermakan kepada CCKPL.



Ini adalah kerjasama keenam antara NLB dan WWF-Singapura sejak 2018.



Satu kerjasama yang sedang berterusan hingga Disember ialah pameran perdagangan hidupan liar haram, beserta dua sesi pelibatan masyarakat di perpustakaan terpilih yang mempunyai permainan dan aktiviti yang dikendalikan oleh sukarelawan.



Aktiviti bersama masa depan termasuk pakar WWF-Singapura mengajar peserta cara mengurangkan jejak karbon mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >