Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arkitek ajak masyarakat semarakkan suasana seni reka di Singapura

Jul 04, 2019 | 05:30 AM



SIFAT pemikiran seni reka sebenarnya sudah lama wujud dalam sejarah pembangunan negara Singapura, namun lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk menyemarakkan suasana seni reka di kalangan masyarakat umum, kata arkitek utama di Zahidi A R Arkitek, Encik Zahidi Abdul Rahman.



Dengan transformasi industri yang pesat, tenaga kerja yang mempunyai kemahiran itu boleh memainkan peranan penting memastikan syarikat atau pertubuhan mereka kekal berdaya saing dan inovatif.



Menarik perhatian perlunya memupuk tabiat pemikiran seni reka di kalangan warga setempat, Encik Zahidi berkata permasalahan ekonomi biasanya akan menjadikan keadaan mendesak.



"Saya rasa lebih baik kita buat pilihan dan mula mengajar diri kita supaya kita dapat terima keadaan akan datang apabila ia menjadi mendesak.



"Kalau kita tidak berlatih dari sekarang, inilah yang akan menjadi punca kemusnahan pada masa akan datang.



"Kalau tidak mula dari sekarang sementara masih ada waktu dan penyelesaiannya masih murah, penyelesaiannya akan bertambah mahal apabila keadaan menjadi mendesak pada masa akan datang," ujarnya.



Oleh itu, Encik Zahidi yang juga anggota Jawatankuasa Semakan Pendidikan Seni Reka (DERC) berkata saranan jawatankuasa itu untuk memperkasa semua orang belajar tentang seni reka serta menjiwai keperluan bagi seni reka yang baik itu adalah amat penting.



DERC yang dilantik mengkaji usaha memperkukuh sistem pendidikan seni reka di Singapura pada Ogos 2017 membentangkan saranannya kepada pemerintah semalam.



"Singapura tiada sumber semula jadi tetapi kita mempunyai modal insan dan dengan pemikiran seni reka, kita boleh antara lain meningkatkan nilai produk atau khidmat yang rendah," ujarnya.



Malah tambahnya, pemikiran sebegitu juga boleh membantu membuat perancangan untuk bersiap sedia bagi masa hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >