Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ARS menang anugerah Jabatan Perkhidmatan Awam, pegawai Muis turut diiktiraf

Jul 05, 2018 | 10:47 AM



 



 



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), satu-satunya lembaga berkanun bagi pentadbiran agama di Singapura, telah memenangi empat anugerah yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD), termasuk satu anugerah cemerlang bagi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) mandatori.



ARS, sistem pentauliahan bagi asatizah setempat, dijadikan mandatori tahun lalu, antara usaha Muis untuk menaik taraf asatizah setempat sebagai sumber rujukan berwibawa bagi masyarakat Muslim Singapura.



Ia menerima anugerah Projek Inovasi ExCEL di Majlis Anugerah Mengubah Sektor Awam yang diadakan di Resorts World Sentosa - sempena Minggu Perkhidmatan Awam - pada 4 Julai.



Turut menerima anugerah ialah dua pegawainya, kata Muis dalam kenyataannya.



Pengurus di Unit Strategik Pembangunan Sosial Encik Mohamad Zulfadhli Mohd Gazali, 37 tahun, memenangi Anugerah Bintang Perkhidmatan Individu kerana menghulur bantuan melebihi jangkaan tugasannya, sementara Pengerusi Eksekutif Masjid Mujahidin Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya memenangi Anugerah Bintang Pengurus Cemerlang kerana memain peranan utama memimpin pertubuhannya dan memacu perubahan dan inovasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >