Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Artifak Nepal yang didakwa dicuri diperoleh melalui prosedur yang ditetapkan: ACM

Aug 18, 2022 | 06:31 AM



SEBUAH artifak Nepal di Muzium Tamadun Asia (ACM) yang didakwa adalah artifak curian diperoleh melalui prosedur yang ditetapkan Lembaga Warisan Negara, kata jurucakap muzium itu.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, beliau berkata semalam bahawa muzium itu mengetahui tentang laporan media yang mendakwa karya seni keagamaan yang menggambarkan dewa Hindu Shiva itu adalah artifak curian. ACM tidak menjawab soalan bagaimana karya seni itu diperoleh atau berapa kosnya.



Jurucakap itu berkata: "Objek dalam laporan itu ialah Penutup tembaga Linga, yang diperolehi oleh ACM pada 2015 mengikuti prosedur yang ditetapkan Lembaga Warisan Kebangsaan mengenai pemerolehan.



"Prosedur ini termasuk penilaian oleh jawatankuasa pemerolehan ACM yang terdiri daripada pakar luar, serta semakan asal ketat yang dijalankan pada masa pembelian, yang juga sama seperti amalan antarabangsa dan disemak secara kerap."



Linga adalah representasi abstrak Shiva, dan penutup linga logam secara sejarah memainkan peranan dalam penyembahan tuhan alam masyarakat Hindu.



Menurut kapsyen di bawah pameran di galeri Agama Purba ACM itu, penutup berusia 386 tahun itu akan diletak di atas linga batu biasa, simbol kemaluan lelaki atau phallic symbol dan kosmik Shiva.



ACM berkata objek itu tidak disenaraikan dalam Senarai Seni Hilang, yang merupakan pangkalan data peribadi terbesar di dunia mengenai hasil seni yang dicuri.



Setiap tahun, daftar itu menyemak status lebih 400,000 barangan di pasaran untuk muzium, rumah lelong, peniaga dan agensi penguatkuasaan.



Dakwaan bahawa karya seni itu dicuri pada 1999 dan dikesan ke ACM pertama kali muncul di halaman Facebook Lost Arts of Nepal pada 14 Ogos, menurut media Nepal, termasuk The Kathmandu Post.



Halaman Facebook itu menggambarkan dirinya sebagai satu inisiatif untuk menyedarkan warga Nepal tentang warisan seni mereka yang hilang yang kini boleh didapati di muzium dan koleksi peribadi di luar negara.



Dalam satu catatan di laman FAcebook itu ahad lalu, ia mendakwa bahawa artifak di ACM itu adalah satu daripada empat gambar tuhan yang dicuri dari Pharping di Kathmandu, ibu kota Nepal.



Catatan itu mendakwa bahawa empat artifak yang hilang itu telah digunakan dalam upacara keagamaan melibatkan tujuh dewa sebelum ia dicuri, dan upacara itu dijalankan menggunakan replika.



Ini bukan kali pertama ACM terlibat dalam kontroversi mengenai asal usul artifaknya.



Pada 2015, muzium itu mengembalikan arca gangsa abad ke-11 yang menggambarkan dewi Hindu Uma Parameshwari, dari zaman dinasti Chola, kepada pihak berkuasa India selepas beberapa siri perbincangan antara Lembaga Warisan Kebangsaan dan Kajian Arkeologi India.



Arca dewi itu dikatakan diseludup ke Amerika Syarikat, dan pada Februari 2007 dijual oleh peniaga seni Subhash Kapoor kepada muzium Singapura itu pada harga AS$650,000 ($897,650) dan dihantar ke sini.



Objek itu satu daripada 30 yang ACM beli daripada peniaga antara 1997 dan 2010, kesemuanya berharga AS$1,328,250 ($1,834,313.25). Sebanyak 29 objek lain tidak diketahui didaftarkan sebagai artifak curi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >