Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah berperanan penting bantu masyarakat harungi krisis: Josephine Teo

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



RESPONS masyarakat Melayu Islam terhadap pandemik Covid-19 memaparkan sikap daya tahan dan juga kesediaan anggota masyarakat untuk memberikan sokongan antara satu sama lain dalam waktu krisis.



Asatizah pula memainkan peranan sebagai 'jambatan' untuk memastikan generasi akan datang bersedia menghadapi masa hadapan serta membantu keluarga mereka dalam mendapatkan bantuan dan juga menghadapi cabaran harian.



Demikian ditekankan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo semasa berinteraksi dengan asatizah dalam dialog maya anjuran Berita Harian semalam.



Sekitar 12 asatizah menyertai dialog tersebut yang juga disertai Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



"Anggota masyarakat bukan sahaja menunjukkan kesediaan untuk memberi sokongan antara satu sama lain, malah juga komitmen untuk mewujudkan respons yang dapat memenuhi keperluan (masyarakat)," kata Cik Teo.



Cik Teo menambah ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu/Islam kekal kukuh dalam waktu krisis dan memastikan setiap anggota masyarakat dibantu supaya dapat terus maju.



Asatizah juga memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat mencapai matlamatnya.



"Asatizah merupakan 'jambatan' untuk pelajar memahami dunia dan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran akan datang," katanya.



Cik Rahayu pula menekankan pentingnya peranan asatizah dalam masyarakat pada masa ini.



"Dari segi kemajuan dalam masyarakat, asatizah merupakan komponen penting dan memainkan peranan penting dalam masyarakat.



"Untuk itu saya berbesar hati mendengar ramai asatizah yang terbuka dan sedia untuk mencuba perkara baru kerana kita semua perlu menyesuaikan diri untuk kekal relevan terutama sekali dalam ekonomi yang pesat berubah ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >