Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah boleh main peranan bantu tangani isu mental

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



ASATIZAH boleh memainkan peranan untuk menyokong individu yang menghadapi cabaran kesihatan mental, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Ini akan menjadikan mereka relevan dalam usaha membantu golongan masyarakat yang memerlukan.



Beliau berkata demikian ketika melancarkan satu pameran pemasangan seni bertajuk "Complex Realities of the Suicidal Mind" di Aliwal Centre baru-baru ini.



Ia diperkenalkan oleh rangkaian Hayaa' Network, yang ditubuhkan syarikat Liyana Musfirah Network (LMN) dan diasaskan oleh Ustazah Liyana Musfirah bersama dua pakar psikoterapi, bagi menyediakan sokongan dan menyuntik semangat kepada individu yang memerlukan.



Hayaa' Network ditubuhkan sebagai cabang terapi yang menyokong kerja-kerja di bawah LMN.



Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, pemasangan seni tersebut bertujuan untuk mengetengahkan isu pembunuhan diri dari sudut pandangan wanita.



Dalam ucapannya di acara itu, beliau berkata pendekatan seni itu sebagai satu langkah yang progresif.



"Saya terkesan melihat asatizah kami menyesuaikan diri untuk menjadi lebih relevan untuk menyokong individu yang menghadapi cabaran kesihatan mental.



"Inisiatif ini adalah sesuatu yang menyegarkan kerana ia menunjukkan bagaimana masyarakat kita sentiasa mencari jalan untuk mengukuhkan aspek kehidupan yang stabil.



"(Acara) ini adalah satu contoh yang baik di mana masyarakat kita telah tampil untuk bukan sahaja menangani isu ini malah menyediakan pelbagai lapisan untuk membantu kesihatan mental dan bagaimana kami dapat menyokongnya," kata Dr Faishal.



Dengan hanya enam minggu untuk melancarkan siri pemasangan seni pertama itu, Hayaa' Network telah bekerjasama dengan seorang benefisiari yang menghasilkan karya-karya seni itu.



Beliau merupakan seorang wanita yang masih dalam proses pemulihan dan pernah terfikir untuk nenbunuh diri.



Menerusi karyanya, seseorang dapat membayangkan isi hati yang diluahkan.



Antara karya itu termasuk sebuah lukisan yang memaparkan sekitaran estet perumahan tempat tinggalnya apabila memandang ke bawah.



Ia menunjukkan beliau berada di tempat tinggi dan seolah-olah ingin membunuh diri.



Karya itu menunjukkan fikirannya yang berkecamuk apabila mendengar audio lagu-lagu Grunge, genre muzik rok alternatif di samping alunan bacaan Al-Quran yang mengiringi karya tersebut.



Pemasangan seni tersebut adalah yang pertama daripada empat siri di bawah rangkaian seni "As It Is" yang dijangka memaparkan isu-isu lain seperti jantina, budaya dan sebagainya yang dijangka selesai hingga tahun depan.



Pengarah eksekutif LMN, Ustazah Liyana Musfirah berkata isu membunuh diri sering muncul di platform Instagramnya, lazimnya menerusi DM (mesej peribadi) dan ini membimbangkan, katanya.



"Saya percaya ia harus ditangani menerusi lensa psikososio-kerohanian.



"Pengalaman menganjurkan pemasangan seni ini membuat saya terfikir apa dan bagaimana tanggapan pembunuhan diri daripada budaya dan etnik berlainan.



"Ini membuka mata saya akan perlunya jaringan masyarakat dan mengembangkan amalan kolaboratif."



Pemasangan seni itu, yang disokong kafe dan bistro Fika, berlangsung dari sekarang hingga 10 Oktober di Pusat Seni Aliwal.



Hasil penjualan tiket akan digunakan bagi membiayai benefisiari yang tidak mempunyai keupayaan wang bagi menjalani terapi atau memerlukan terapi jangka panjang.




"Saya percaya ia harus ditangani menerusi lensa psikososio-kerohanian.

Pengalaman menganjurkan pemasangan seni ini membuat saya terfikir apa dan bagaimana tanggapan pembunuhan diri daripada budaya dan etnik berlainan.

Ini membuka mata saya akan perlunya jaringan masyarakat dan mengembangkan amalan kolaboratif."


- Pengarah eksekutif Liyana Musfirah Network (LMN), Ustazah Liyana Musfirah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >