Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean dedah logo, slogan bagi pikat pelancong

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



SIHANOUKVILLE (Kemboja): Asean melancarkan tahun ini dengan penampilan dan perspektif baru bagi pelancong yang ingin berkunjung ke rantau tersebut.



Dengan logo dan slogan 'Sebuah Destinasi bagi Setiap Impian', Asean bermatlamat menampilkan keramahan, sikap berdaya tahan dan juga keseronokan serta pengembaraan yang dicerminkan rantau Asia Tenggara dan penduduknya.



Dalam satu kenyataannya, Agensi Pemasaran Pelancongan Asean berkata menerusi penjenamaan baru itu, Asean akan terus memasarkan Asia Tenggara sebagai sebuah destinasi tunggal dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian tawaran teroka semula yang bakal dinikmati pelancong di rantau ini selepas sempadan dibuka semula di serata dunia.



Menurut agensi itu, negara anggota Asean mereka logo baru itu bersama agensi pemasarannya untuk menunjukkan kepada pelancong pelbagai pengalaman menarik yang bakal dinikmati di setiap negara Asean.



Pada masa sama, ia ingin memberi perhatian kepada perubahan yang sedang dilakukan rantau tersebut terhadap pelancongan yang lebih bertanggungjawab.



"Kepelbagaian yang didapati di rantau Asia Tenggara adalah sesuatu yang sangat indah daripada pelbagi sudut. Daripada budaya dan masakan kepada landskap semula jadi dan penduduknya, kami ingin berkongsi keindahan ini kepada serata dunia," kata Pengarah Eksekutif, Ibu pejabat Kumpulan Antarabangsa dan Oceania di Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Encik Oliver Chong.



Logo berbentuk matahari dengan sepuluh 'jejari' itu bermatlamat memupuk semangat terhadap mengembara sebuah rantau yang mempunyai keseimbangan dan kerancakan.



Slogan barunya pula menyambut orang ramai datang dengan sikap ramah dan mencerminkan pelbagai kemungkinan pelancongan yang bakal diraih di rantau tersebut.



Ini merangkumi tempat bersejarah, masakan, budaya, kegiatan pengembaraan, landskap semula jadi serta bandar metropolis moden bagi memenuhi impian setiap pengembara yang melawati rantau Asia Tenggara.



"Sedang sempadan dibuka semula di serata dunia, harapan dan sikap optimistik secara berhati-hati dalam kalangan pelancong semakin dirasakan. Ini adalah arah kreatif baru bagi Asean," tambah Encik Chong, yang juga pengerusi kumpulan bertugas kerjasama pemasaran pelancongan Asean.



"Jadi sekarang adalah tepat masanya kami bangkit semula daripada pandemik ini dengan tujuan baru untuk memasarkan Asia Tenggara kepada mereka yang ingin memenuhi cuti impian mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >