Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asia perlu pertingkat guna tenaga boleh diperbaharui

Gan Kim Yong: Ini boleh dilaksana melalui kerjasama antarabangsa, dagangan tenaga bersih rentas sempadan
Mar 05, 2023 | 05:30 AM



ASIA perlu meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui melalui kerjasama antarabangsa dan perdagangan tenaga bersih rentas sempadan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Beliau menggariskan tiga strategi utama yang boleh dilaksanakan rantau ini untuk mencapai pelepasan sifar karbon dan menghijaukan ekonomi.



Berucap di Mesyuarat Menteri Masyarakat Sifar Pelepasan Asia (AZEC) yang pertama di Tokyo, Jepun, Encik Gan berkata adalah genting bagi rantau ini mengambil tindakan segera untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengukuhkan daya tahan iklim di rantau ini.



"Negara-negara di Asia berdepan dengan cabaran perlu menyahkarbon ekonomi kita dan pada masa sama membangunkannya.



"Mujur, rantau kita juga kaya dengan potensi tenaga boleh diperbaharui yang boleh menyokong perjalanan penyahkarbon kita," kata beliau.



Menurut Encik Gan, tiga strategi utama yang boleh diambil rantau ini untuk mencapai pelepasan sifar dan menghijaukan ekonomi, disokong oleh kerjasama serantau dan antarabangsa yang kukuh.



Pertama, terdapat keperluan untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui melalui kerjasama antarabangsa dan perdagangan tenaga bersih merentas sempadan.



Akur bahawa penggunaan dan peningkatan bekalan dan pengagihan tenaga boleh diperbaharui memerlukan pelaburan modal yang besar, Encik Gan menyarankan untuk meneroka pelbagai pilihan pembiayaan yang ada.



"Kita boleh meneroka pelbagai pilihan pembiayaan untuk memangkin pelaburan dalam sistem tenaga hijau, termasuk pembiayaan hijau rentas sempadan dan pelaburan.



"Pembiayaan projek tenaga hijau mungkin melibatkan bukan sahaja sokongan pemerintah tetapi juga penyertaan sektor swasta," kata Encik Gan.



Kedua, terdapat keperluan bekerjasama dan mengambil tindakan tegas untuk membangunkan teknologi tenaga bersih.



Encik Gan berkata teknologi semasa sahaja tidak mencukupi. Katanya:



"Rantau ini perlu bekerjasama dalam penyelidikan, pembangunan dan penggunaan teknologi hijau untuk... membolehkan teknologi baru muncul... matang dan digunakan secara meluas."



Ketiga, rantau ini harus mengamalkan pendekatan pragmatik dalam peralihan tenaga.



Ini bermakna peranan gas asli tidak harus diketepikan, kata Encik Gan, kerana ia memainkan peranan penting sebagai bahan api peralihan dan sebagai sebahagian daripada campuran tenaga dalam jangka panjang.



"Sedang kita meningkatkan tenaga boleh diperbaharui, kita perlu memastikan pelaburan berterusan dalam rantaian nilai gas asli, untuk mengelakkan gangguan bekalan tenaga yang berulang dan berlarutan seperti yang kita alami dalam dua tahun lepas," kata Encik Gan.



Encik Gan telah menghadiri AZEC di Tokyo, Jepun dari 3 hingga 4 Mac ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >