JAWATANKUASA Semakan bagi Pembelajaran Gunaan di Politeknik dan ITE (Aspire) sedang mempertimbangkan beberapa saranan termasuk mempertingkat program kerja sambil belajar.
Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Cik Indranee Rajah, berkata jawatankuasa yang beliau terajui itu juga sedang menyemak usaha memperkukuh dan mendalami bidang penyelidikan, inovasi dan keusahawanan (RIE) di politeknik dan ITE.