Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Asuhan dan didikan nenek, kakak berjaya perkukuh diri

Yakin nilai, pemikiran yang betul serta gigih berusaha boleh capai apa saja yang diinginkan
Aug 15, 2021 | 05:30 AM



Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah memberi penghargaan kepada 430 pelajar yang cemerlang untuk pencapaian mereka di luar pengajian akademik dan dalam bidang seperti seni, sukan dan inovasi teknologi. Daripada 430 pelajar ini, 48 mendapat Anugerah Lee Kuan Yew (LKY) yang berprestij iaitu Anugerah Pelajar/Pelatih Model LKY, Anugerah Kokurikulum LKY (CCA), dan Anugerah Teknologi LKY. Pelajar-pelajar ini berasal dari pelbagai latar belakang dan berjaya di luar kelas, menunjukkan semangat dan keinginan untuk berjaya. BERITA MINGGU mewawancara dua daripada 48 pelajar yang menerima Anugerah LKY. Ikuti laporan berikut.



PENGORBANAN nenek dan kakak yang mengasuh serta membesarkannya, abadi tersemat dan menjadi panutan dalam hidupnya.



Demikian luahan seorang pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat, yang diwawancara setelah menerima Anugerah Lee Kuan Yew.



Encik Indra Dermawan Yuhanis, 24 tahun, menerima anugerah tersebut kerana kecemerlangannya dari segi akademik, kepimpinan dan kerja amal.



Pelajar bidang Perkhidmatan Runcit di institut itu adalah antara 48 pelajar yang menerima Anugerah Lee Kuan Yew baru-baru ini.



Anak kedua daripada keluarga tiga beradik itu diasuh oleh almarhumah neneknya, yang dibantu kakaknya, setelah ibu bapanya berpisah.



Ibunya pula kemudian menghilangkan diri dan meninggalkan mereka.



Kini, beliau yang lulus sijil Nitec sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Politeknik Ngee Ann dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Resort.



Encik Indra Dermawan berkata: "Saya sangat kagum dan hormat kepada kakak dan arwah nenek saya kerana mereka berdua banyak berkorban untuk saya.



"Mereka adalah wanita hebat yang saya kenali."



Apabila ditanya akan perasaannya menerima anugerah itu, beliau menjawab:



"Secara jujur, saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini.



"Saya percaya arwah nenek juga akan turut berbangga atas kejayaan saya ini."



Neneknya meninggal dunia Mei lalu.



Encik Indra Dermawan menceritakan, sebelum ini beliau kurang berminat dalam pelajarannya.



"Setelah emak pergi meninggalkan kami, saya ketika itu di sekolah menengah, terpaksa bekerja secara sambilan untuk menyara hidup kami sekeluarga.



"Saya bekerja sebagai pelayan, pembersih dan macam-macam lagi.



"Pada waktu itu pendidikan bukan keutamaan bagi saya."



Oleh kerana terlalu penat, katanya, beliau pernah sampai terlambat bangun dari tidur pada pagi hari peperiksaan GCE peringkat 'N', bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.



Namun, beliau kemudian mengambil ujian bagi subjek itu sekali lagi sebagai calon privet.



Menyedari akan pentingnya pendidikan, Encik Indra Dermawan mula merubah hidupnya.



Kegigihannya untuk berjaya terserlah di ITE hingga meraih beberapa anugerah seperti Sijil Cemerlang, Anugerah Bintang Perkhidmatan (Emas dan Berlian), Hadiah Buku Wing Tai dan Anugerah Pelajar Bestari 4PM.



Keupayaan dan keyakinannya menarik perhatian Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam.



Encik Indra Dermawan dipelawa menyertai program pengagihan alat tulis (Back-to-School) kelolaan Kelab Masyarakat Taman Jurong dan dilantik sebagai ketua relawan.



Sebagai Naib Presiden kelab Ace, Encik Indra Dermawan juga memimpin rakan-rakannya dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.



Antara peranan lain yang telah mendorongnya mencapai kejayaan ialah semasa menjadi Ketua Bahagian Perkhidmatan Runcit di ITE itu.



Beliau bercita-cita untuk bekerja dan memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat perniagaan berjenama mewah.



"Dengan nilai dan pemikiran yang betul serta gigih berusaha, anda boleh mencapai apa sahaja yang anda inginkan," ujar Encik Indra Dermawan.




"Setelah emak pergi meninggalkan kami, saya ketika itu di sekolah menengah, terpaksa bekerja secara sambilan untuk menyara hidup sekeluarga. Saya bekerja sebagai pelayan, pembersih dan macam-macam lagi. Pada waktu itu, pendidikan bukan keutamaan bagi saya... Dengan nilai dan pemikiran yang betul serta gigih berusaha, anda boleh mencapai apa sahaja yang anda inginkan.''
- Encik Indra Dermawan Yuhanis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >