Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Atlit bina badan meninggal lepas 'bertinju'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Atlit bina badan meninggal lepas 'bertinju'

Sep 25, 2017 | 05:30 AM

SUKAN tempur seperti muay thai dan kickboxing adalah intensif, berisiko tinggi dan memerlukan latihan profesional, lebih-lebih lagi dalam arena perlawanan, kata pakar.

Menyusuli kematian Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Sedunia, Pradip Subramanian, selepas satu perlawanan muay thai kelmarin, ramai orang melahirkan rasa sedih dan terkejut.

Doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, yang giat dalam sukan kickboxing, mengenali Pradip sebagai ahli bina badan dan bukan penggiat muay thai.

"Sukan seperti muay thai adalah intensif dan memerlukan latihan kardio. Tanpa latihan, risikonya adalah tinggi.

"Sebelum memulakan apa-apa sukan pun, sebaiknya kita dapatkan bimbingan jurulatih profesional," ujar Dr Elly, yang melakukan kickboxing sebagai senaman dan bukan untuk perlawanan.

Pradip, 32 tahun, mengalami kegagalan pernafasan akibat serangan jantung, menurut satu laporan perubatan awal daripada Hospital Besar Singapura (SGH) semalam.

Mendiang, seorang ahli bina badan veteran, terlibat dalam perlawanan selebriti bersama personaliti YouTube Steven Lim dalam acara Asia Fighting Championship di Marina Bay Sands.

Beliau tidak dijadualkan bertanding, tetapi Jumaat lalu beliau diumumkan sebagai pengganti bekas finalis Singapore Idol Sylvester Sim, yang menarik diri dengan memberi sebab masalah insurans.

Menurut laman The Straits Times, perlawanan muay thai itu adalah yang pertama bagi Pradip yang kelihatan lemah selepas perlawanan dan dibantu keluar gelanggang.

Beliau dihantar ke SGH, dan meninggal dunia di hospital itu.

Dalam satu kenyataan semalam, penganjur Asia Fighting Championship - gim muay thai Muse Fitness Singapore dan Axseed Events - berkata Pradip meninggal dunia di SGH pada 9 malam.

"Kami sedang berhubungan rapat dengan kakitangan perubatan di hospital untuk mengesahkan sebab kematian dan meminta dalam masa sukar ini, orang ramai agar bersatu padu dan menghulurkan sokongan kepada keluarga dan rakan Encik Subramanian dan mengelak apa-apa spekulasi," kata penganjur.

Sementara itu, Steven Lim, dalam satu catatan di Facebook semalam berkata: "Ini satu detik amat sedih bagi saya apabila mendengar tentang berita mengejut ini."

Difahamkan semua perlawanan, termasuk perlawanan selebriti, Lim dan Pradip, telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan menandatangani pengisytiharan akur terhadap risiko dalam perlawanan.

Keluarga Pradip melaporkan mendiang tidak berasa sihat sebelum perlawanan itu. Polis berkata ia sedang menyiasat kes kematian tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3