PENCAPAIAN atlit Paralimpik negara di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016 mendapat pengiktirafan dan ucap tahniah di Parlimen semalam.
Kontinjen Singapura yang terdiri daripada 13 atlit telah diundang menghadiri sidang Parlimen itu, namun hanya sembilan atlit yang hadir termasuk pemenang pingat Yip Pin Xiu dan rakan sepasukan Theresa Goh.