Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Atlit S'pura ke luar negara untuk latihan, pertandingan diberi keutamaan vaksin Covid-19: Edwin Tong

Jan 20, 2021 | 08:14 PM




ATLIT mewakili Singapura yang perlu ke luar negara untuk berlatih dan bertanding dalam acara seperti Sukan Olimpik Tokyo akan diutamakan bagi vaksinasi Covid-19, kata  Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.




Pihak berkuasa juga akan melakar program kuarantin yang akan membolehkan atlit yang pulang dari luar negara untuk berlatih dan mengekalkan kecergasan mereka ketika menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), tambahnya.



Selain mereka yang telah layak ke Olimpik, pemerintah juga akan memberi keutamaan kepada atlit yang ke luar negara untuk mengambil bahagian dalam acara kelayakan bagi acara sukan itu, kata Encik Tong dalam satu wawancara pada Selasa (19 Jan), menurut laporan The Straits Times.



Ditanya bila atlit yang layak akan mula menerima vaksin, Encik Tong berkata butirannya masih dilakar.



Mengenai apakah vaksinasi akan diwajibkan untuk atlit yang pergi ke luar negara, beliau berkata tidak ada pilihan jika penganjur acara seperti Olimpik atau Sukan SEA di Vietnam menjadikannya syarat untuk bertanding.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >