Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aturan niaga makan dari rumah: DPPMS teroka ruang hurai isu PERATURAN HDB

Faishal mohon timbang rasa kerana langkah ketat bertujuan selamatkan nyawa; pemerintah sedia beri sokongan kepada peniaga yang terjejas gara-gara Covid-19
Apr 26, 2020 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa relevan untuk membantu peniaga makanan dari rumah yang terjejas oleh langkah jarak sosial ketat dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19.



Dalam satu kenyataan Facebook semalam, presiden DPPMS, Encik Farid Khan, berkata beliau sedar akan maklum balas daripada anggota dewan dan peniaga dari rumah yang terjejas oleh langkah itu, terutama dalam Ramadan.



"Dewan faham yang ini juga menjejas mata pencarian anggota kami. Kami memberi anda jaminan bahawa Dewan sedang meneroka semua ruang untuk menangani isu ini dan mencari huraian secara baik tanpa mengkompromikan prosedur penjarakan sosial," katanya.



"DPPMS kekal teguh dalam komitmen kami kepada anggota kami dan masyarakat perniagaan Melayu/Islam lebih besar," tambahnya.



Semalam, Berita Harian melaporkan tentang keprihatinan peniaga dari rumah mengenai peraturan tertera di laman Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tentang langkah pemutus litar tersebut.



Bermula 7 April, iaitu sejak pemutus rantaian jangkitan dilaksana, perniagaan dari rumah hanya boleh beroperasi jika memenuhi kriteria di bawah garis panduan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Akta Covid-19 (Langkah Sementara).



Kriteria itu ialah:



- Perniagaan itu beroperasi hanya dalam talian, dan peniaga tidak perlu keluar dari kawasan rumah.



- Perniagaan itu tidak memerlukan pelanggan mengambil barang tersebut sendiri atau memerlukan khidmat penghantaran pihak ketiga untuk menghantarnya.



- Jika perniagaan di rumah itu tidak memenuhi undang-undang itu, mereka harus menghentikan operasi semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.



Isu itu menimbulkan keprihatinan dalam kalangan peniaga, yang tidak pasti apakah mereka boleh meneruskan perniagaan dalam tempoh pemutus litar, yang telah dilanjutkan hingga 1 Jun.



Pelanggan turut tertanya-tanya, khususnya yang membuat tempahan untuk Hari Raya.



Di bawah langkah lebih ketat yang diumum Selasa lalu, kedai kendiri (kecuali di pusat penjaja, pusat makanan dan kedai kopi) yang hanya menjual minuman, snek dalam bungkusan, kuih atau pencuci mulut, harus menutup kedai mereka.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu Facebook berkata beliau faham beberapa perniagaan makanan dari rumah telah menerima tempahan bagi Ramadan dan Hari Raya dan mereka terjejas oleh langkah itu.



"Ini masa sangat sukar bagi semua orang, terutama dalam musim perayaan ini. Saya memohon timbang rasa anda kerana langkah-langkah itu akan membantu menyelamatkan nyawa dan melindungi negara kita daripada penyebaran virus yang berterusan," tulisnya.



Beliau berkata pemerintah dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan memberi sokongan kepada peniaga dari rumah yang kehilangan pendapatan disebabkan Covid-19.



Sokongan ini termasuk Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF) yang dibuka hingga 30 April, Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS) mulai bulan depan, dan pelbagai skim bantuan yang ditawarkan pertubuhan Melayu/Islam di bawah SGTeguhBersatu.



Seorang peniaga makanan dari rumah, Cik Safira Redzuan, berkata memang sukar untuk perniagaan dari rumah mematuhi peraturan sedemikian, tetapi beliau memahami keperluan menjaga kesihatan.



"Saya ada tempahan agak banyak bagi beberapa minggu akan datang dan tidak mempunyai pilihan lain kecuali membatalkannya dan memulangkan wang pelanggan saya.



"Saya sudah pun menyediakan semua bahan tetapi apa yang boleh kita buat. Ini menjejas semua orang, bukan saya saja. Tetapi ini adalah tentang kesihatan kita dan kita semua perlu memainkan peranan," kata pemilik awesomesauce.sg itu, yang sudah mengendalikan perniagaannya dari rumah lebih setahun.




(Pembangunan Sosial dan Keluarga) "Dewan faham yang ini juga menjejas mata pencarian anggota kami. Kami memberi anda jaminan bahawa Dewan sedang meneroka semua ruang untuk menangani isu ini dan mencari huraian secara baik tanpa mengkompromikan prosedur penjarakan sosial. DPPMS kekal teguh dalam komitmen kami kepada anggota kami dan masyarakat perniagaan Melayu/Islam lebih besar."

- Encik Farid Khan, Presiden DPPMS.



"Ini masa sangat sukar bagi semua orang, terutama dalam musim perayaan ini. Saya memohon timbang rasa anda kerana langkah-langkah itu akan membantu menyelamatkan nyawa dan melindungi negara kita daripada penyebaran virus yang berterusan."
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Setiausaha Parlimen Kanan




PERATURAN HDB



Soalan: Saya mengendalikan perniagaan saya dari rumah saya di bawah Skim Pejabat Perumahan/Skim Perniagaan Skala Kecil Dari Rumah. Bolehkah perniagaan saya terus beroperasi mulai 7 April?



Jawapan: Perniagaan dari rumah masih boleh beroperasi, asalkan ia memenuhi kriteria dalam garis panduan Kementerian Kesihatan dan peruntukan terkini di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) 2020, sebagai contoh:



  • perniagaan itu beroperasi hanya dalam talian, tanpa memerlukan anda keluar dari premis rumah

  • perniagaan itu tidak memerlukan pelanggan mengambil barang tersebut sendiri atau memerlukan khidmat penghantaran pihak ketiga menghantar barangan itu

  • kakitangan (jika ada) boleh bekerja dari rumah mereka sendiri

Jika perniagaan dari rumah anda tidak memenuhi undang-undang itu (misalnya perniagaan makanan dan minuman (F&B) dari rumah), anda harus menghentikan operasi semasa tempoh Pemutus Rantaian Jangkitan. - SUMBER LAMAN HDB




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >