Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Awan' sesal masuk keluar penjara 15 kali, ingin pulang ke pangkal jalan

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



SELAMA lebih 20 tahun, 'Awan' (bukan nama sebenar) telah keluar masuk penjara sebanyak 15 kali atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.



Beliau yang berumur 55 tahun, mempunyai dua anak - seorang lelaki dan seorang perempuan yang berusia 30-an tahun - hasil daripada perkahwinan pertama.



Walaupun berada di penjara, dia masih menerima e-surat daripada isteri dari perkahwinan keduanya dan mengekalkan hubungan mesra dengan keluarga dan sembilan lagi adik-beradiknya.



Berazam untuk menjadi lebih baik, Awan telah menghadiri dan menamatkan pelbagai program seperti Looking Forward (LF), Social Skills Training Programme (SSTP) dan Sesi Persediaan Pelepasan.



"Di sini saya dapat menunaikan sembahyang Jumaat, menghadiri LF atau Looking Forward, dan hadiri sesi kaunseling.



"Saya dapat belajar lebih tentang diri saya untuk siapkan diri saya setelah dibebas dari penjara nanti," kata Awan.



Pada 2021, Awan telah disahkan menghidap penyakit barah paru-paru tahap 2. Namun, ia tidak menghalang beliau untuk kekal positif untuk menimba ilmu dan memperbaiki diri.



"Saya sudah berazam nak berubah. Tidak boleh macam dulu bercampur-campur dengan kawan-kawan lama," ujar Awan.



Beliau yang dimasukkan ke penjara pada 2020, bakal dibebaskan pada 2027. Walaupun masanya masih lama, beliau sudah bertekad untuk pulang ke pangkal jalan dan jauhi kebiasaan buruk lama.



"Sedaya upaya, saya ingin keluar dari bulatan lama. Melalui program kaunseling, saya dapat bimbingan dari Ustaz bagaimana untuk jauhi bulatan atau gaya hidup yang lama," kata beliau.



Walaupun menghidapi penyakit barah dan berhadapan pelbagai sesalan dalam hidupnya, Awan tetap bersikap positif kerana rakan sebaya dan pegawainya di penjara telah mendorong dan memberi motivasi kepadanya untuk terus kuat dan tabah menghadapi cabaran hidup.



Beliau juga menyambut baik lawatan Mufti Dr Nazirudin setiap tahun untuk memberi ceramah motivasi kepada banduan.



Setiap tahun, SPS bekerjasama dengan Fitrah untuk mengadakan ceramah motivasi agama bagi banduan Islam di penjara.



Mengulas tentang kerjasama itu, Ustaz Shahrin Mohd Salleh, pengurus Fitrah, berkata:



"Setiap minggu, kami sediakan sebanyak 70 sesi kaunseling agama buat semua kelompok penjara merata Singapura."



Beliau juga mengalu-alukan kerjasama erat antara para asatizah dan SPS untuk mendampingi banduan menerusi program Kembali Kepada Fitrah.



"Kurikulum 'Kembali Kepada Fitrah' ialah hasil dan buah fikiran asatizah yang mengendalikan kaunseling agama, pejabat mufti dan juga Unit Psikologi Penjara Singapura. Ia berdasarkan 10 nilai, antaranya ialah disiplin, tanggungjawab, berwawasan dan rendah diri.



"Tujuan kurikulum ini ialah untuk mewujudkan sifat rahmah di kalangan peserta yang menghadiri program ini, untuk diri mereka dan juga orang sekeliling mereka."



Apabila ditanya tentang harapan Awan untuk menjalani kehidupan yang baru setelah dibebaskan, beliau berkata



"Saya harap saya dapat terus berjumpa dengan ustaz saya, yang telah memberi saya kauseling agama selama ini.



"Banyak yang telah saya raih dari pengajaran dari ustaz semasa di penjara, dan saya harap dapat terus dibimbing setelah saya dibebaskan nanti," ujar Awan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >