Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aware perluas masa operasi talian bantuan wanita ekoran panggilan bertambah

Mar 20, 2019 | 07:20 PM



PANGGILAN yang bertambah sebanyak 32 peratus daripada wanita yang menghadapi isu seperti masalah perkahwinan, penganiayaan atau tekanan psikologi tahun lalu telah mendorong Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) meluaskan operasi bagi menampung kenaikan itu.


 


Mulai hari ini (20 Mac), Talian Bantuan Wanita (Women's Helpline) akan beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. Masa operasinya sebelum ini adalah dari 3 petang hingga 9.30 malam.


 


Daripada 4,062 panggilan yang dibuat ke talian bantuan wanita (1800-777-555) tahun lalu, 23 peratus adalah daripada pemanggil yang meminta bantuan bagi masalah perkahwinan seperti perceraian, penyelenggaraan atau perpisahan; 19 peratus berkaitan penganiayaan dan keganasan; dan 17 peratus mengenai tekanan emosi atau psikologi.


 


Tahun lalu juga menyaksikan kenaikan 48 peratus dalam bilangan pemanggil kali pertama ke talian bantuan itu, yang ditubuhkan pada 1991 dan kini dikendalikan oleh lebih 70 sukarelawan terlatih dan anggota kakitangan wanita.


 


Dalam kenyataannya, Aware berkata talian bantuan lain (6779-0282), yang bertujuan menyokong mangsa serangan seksual atau rogol, akan beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam dan bukan lagi dari 10 pagi hingga tengah malam.


 


Ini bagi "mencerminkan penggunaan sumber pusat yang lebih cekap", tambahnya.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >