BIRO Narkotik Pusat (CNB) memberi amaran terdapat banyak laman Internet yang mempromosikan maklumat tidak tepat mengenai ganja dan sengaja melindungkan kesan buruk penyalahgunaan dadah tersebut.
Pemeriksaan Berita Harian (BH) menunjukkan terdapat beberapa laman sedemikian termasuk sekurang-kurangnya satu yang disasarkan kepada penduduk setempat.