Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awas! Media sosial yang bebas, terbuka mudahkan kumpulan militan 'tarik' remaja

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



KEHADIRAN kumpulan militan di dalam talian tidak boleh dipandang ringan kerana golongan ini adalah mesin perhubungan awam yang mempraktikkan strategi penggunaan permainan video atau media sosial yang canggih untuk berkomunikasi dengan anak-anak muda.



Penggunaan permainan video dapat menarik dan merekrut remaja dari seluruh pelusuk dunia dengan mudah, apatah lagi penggunaan media yang lebih terbuka dan bebas serta dapat menyampaikan kandungan serta maklumat dalam masa yang singkat.



Pengamatan ini dikongsi oleh Pengkaji Isu Antara Agama dan Berbilang Budaya, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, dan pakar psikologi klinikal yang juga Pengasas Impossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil, dalam siri Podcast #No Tapis: Berita Harian, yang dihoskan bersama oleh Editor Podcast, Cik Shahida Sarhid, dan Penolong Editor, Encik Nizam Ismail.



Encik Mohamed Imran dan Encik Muhammad Haikal berbincang mengenai isu radikalisasi menyusuli penahanan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.



Kededua remaja ini didapati terpengaruh dengan naratif pengganas ISIS dan menyertai wadah permainan online, Roblox, di mana konteks permainan di alam maya itu menyerupai zon konflik fizikal ISIS.



Encik Mohamed Imran berkata Internet, media sosial dan permainan video dalam talian melonjakkan kumpulan radikal dan pengganas untuk merekrut ahli dari pelbagai negara.



Kemajuan teknologi menawarkan kepada organisasi pengganas dan penyokongnya wadah merekrut lebih ramai anggota serta menyediakan sokongan kepada anggota baru dalam kalangan remaja.



Encik Muhammad Haikal berkata permainan video digunakan oleh golongan pelampau ini untuk menyebarluas propaganda dengan lebih sistematik dan terancang.



Dengan itu, masyarakat, keluarga dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting bertindak balas terhadap strategi pengganas ini dalam kalangan anak-anak muda, kata Encik Mohamed Imran.



Apatah lagi kemajuan teknologi menyukarkan langkah pengesanan ketika pengganas melatih golongan sasaran.



Encik Muhammad Haikal pula berkata pengganas menggunakan strategi mempengaruhi golongan terdedah dan anak remaja yang terasa dipinggirkan dengan memanipulasi emosi.



Menurut kededua ahli panel lagi, permainan video dalam dalam talian merupakan medium paling berkesan masa kini untuk pengambilan anggota bawah umur yang merupakan pengguna Internet paling tinggi.



"Kita perlu membentuk piawaian kita sendiri yang perlu dibangunkan agar permainan video sebagai wadah yang boleh mempromosi dan membentuk peribadi yang baik serta memurnikan kandungan yang mendidik dalam berhibur,'' kata Encik Mohd Imran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >