DAKWAAN salah guna kuasa yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong oleh adik-beradiknya merupakan satu dakwaan serius yang tidak boleh diabaikan, sebaliknya perlu diambil berat dan disiasat.
Justeru Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Azmoon Ahmad, menyarankan agar pihak-pihak yang membuat dakwaan tersebut dibenarkan membentangkan kes mereka dan mengemukakan bukti kepada sebuah jawatankuasa bebas demi memastikan ia mendapat layanan terbuka dan adil.