Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan bantu warga 'dilanda krisis' tambah sukarelawan

Corak 'krisis' kini lebih rumit, kata SOS
Sep 26, 2022 | 05:30 AM



EKORAN kerumitan kes krisis yang ditangani Samaritans of Singapore (SOS), terdapat keperluan mendesak untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan terlatih untuk memenuhi keperluan pelbagai para pengguna terhadap khidmat yang ditawarkan.



Selain itu, SOS juga telah mempertingkat usaha pendekatan mereka untuk merangkumi pelbagai platform termasuk yang terkini khidmat CareText yang bertindak seperti WhatsApp selama 24 jam yang disasarkan terhadap keperluan belia yang kini banyak bergantung kepada telefon bijak.



SOS menyediakan sokongan emosi terhadap mereka yang dalam krisis dan yang merancang membunuh diri atau terjejas dengan kes sedemikian.



Menurut laporan kewangan SOS, tahun lalu, agensi perlindungan bunuh diri itu telah menambah bilangan sukarelawan mereka sebanyak hampir 20 peratus kepada sekitar 400 sukarelawan berbanding dengan tahun sebelumnya.



Bercakap kepada Berita Harian (BH), Ketua Pegawai Operasi SOS, Encik Phua Chun Yat berkata kes yang rumit merupakan antara faktor lebih ramai sukarelawan diperlukan



"Berdasarkan pengalaman khidmat yang kami tawarkan, kami bukan sahaja melihat kenaikan dalam bilangan kes tetapi juga daripada segi kerumitannya.



"Lantaran itu, kami perlukan lebih ramai sukarelawan untuk memenuhi keperluan pelbagai daripada pengguna khidmat kita secara berkesan," katanya.



Beliau menambah pihaknya menerima sukarelawan daripada pelbagai latar belakang.



Setiap sukarelawan akan memperuntukkan sehingga 25 jam setiap bulan untuk menyokong klien yang menghubungi talian hotline 24 jam SOS atau CareText.



Namun sebelum dipilih sebagai sukarelawan tetap SOS, mereka yang menyuarakan minat perlu menjalani latihan pra perkhidmatan yang merangkumi tiga fasa berbeza yang merangkumi tempoh masa antara enam bulan dengan setahun.



Sebaik tamat setiap fasa, setiap sukarelawan akan dinilai oleh pelatih SOS sebelum mereka boleh melanjutkan diri untuk fasa seterusnya dalam sesi latihan mereka.



Di samping itu, bermula awal tahun ini, SOS telah memperkenalkan khidmat CareText 24 jam, sebahagian besar khusus untuk para belia yang lebih cenderung menggunakan khidmat teks untuk menyuarakan masalah.



Tahun lalu, sebanyak 378 orang dilaporkan membunuh diri mereka sendiri dan hampir sepertiga daripada jumlah itu berusia antara 10 dengan 29 tahun.



Sepanjang tahun kewangan 2021/2022, lebih 10,000 mesej teks telah dijawab SOS dan ini merupakan kenaikan 120 peratus daripada segi bilangan mesej yang dijawab berbanding tahun sebelumnya.



Tambahan itu, sebanyak 52 peratus mesej diterima yang dijawab melahirkan hasrat atau pelan untuk membunuh diri.



Bagi teks yang mempunyai risiko bunuh diri, antara masalah yang kerap timbul termasuk isu berkaitan pembelajaran, sukar untuk menangani krisis sedia ada, cabaran berkaitan dengan pengasingan dan keseorangan diri serta masalah kekeluargaan dan hubungan.



LAPORAN SELANJUTNYA






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >