Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu/Islam main peranan sokong pencari kerja

Aug 20, 2023 | 10:34 PM



Usaha badan Melayu/Islam menyokong pencari kerja turut disentuh oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan beliau dalam bahasa Melayu di Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad.

Memberi contoh, Encik Lee berkata Yayasan Mendaki bekerja rapat dengan agensi M KuasaTiga (M3) dan badan Melayu/Islam lain untuk mendekati pekerja Melayu.

“Malah, pemimpin Melayu di NTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan) juga aktif terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pekerjaan,” kata Encik Lee.

“Bersama-sama, mereka memperkukuh proses rujukan bagi program-program latihan, peningkatan kemahiran dan pemadanan pekerjaan.”

Encik Lee berkata demikian dalam ucapan bahasa Melayu semasa bercakap tentang sokongan pemerintah bagi golongan yang mencari kerja.

Ini termasuk skim baru untuk meringankan tekanan yang dihadapi pencari kerja.

Skim tersebut sedang diperhalusi dan bakal diumumkan oleh pemimpin generasi keempat di masa depan, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >