Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Badge Lady’ hadapi tuduhan baru berkaitan Covid-19

Sep 07, 2022 | 03:31 PM



 SEORANG wanita yang dijatuhi hukuman penjara 16 minggu tahun lalu kerana tidak memakai pelitup dalam beberapa kejadian di tempat awam, termasuk di resort bersepadu Marina Bay Sands (MBS), kembali ke mahkamah daerah pada Rabu (7 Sep) dan dikenakan tuduhan baru yang dikaitkan dengan pandemik Covid-19.


Phoon Chiu Yoke, 55 tahun, yang sering digelar oleh netizen sebagai “Badge Lady” (Wanita Lencana), kini dituduh melakukan dua kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) dan satu kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.


Kesnya ditangguhkan untuk sidang praperbicaraan pada 14 Oktober.


Menurut dokumen mahkamah, Phoon tidak memakai pelitup semasa berjalan di sepanjang Mandarin Gallery di Orchard Road dari 3.02 petang hingga 3.04 petang pada 6 Mac.


Dia juga dituduh melakukan kesalahan serupa ketika berjalan melepasi kedai Victoria Secret yang berdekatan antara 3.35 petang dengan 3.37 petang pada hari itu.


Memakai pelitup di luar rumah tidak diwajibkan hanya mulai 29 Mac.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >