Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

THE BM SHOW

Bagaimana bakal pengantin ubah rancangan bila Covid-19 'kacau' majlis

The BM Show Ahad ini turut kemuka kumpulan Kompang Ibtisam
Jul 23, 2020 | 05:30 AM



RAMAI yang panik dan bimbang, malah ada yang hingga membatalkan terus pernikahan mereka.



Begitulah reaksi sesetengah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga tatkala mendengar berita bahawa perancangan majlis pernikahan dan perkahwinan mereka terpaksa diubah disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda.



Dengan majlis perkahwinan perlu ditunda, perniagaan yang menyediakan khidmat perkahwinan turut terjejas, dengan ramai pelanggan risau tentang soal kewangan kerana perlu menyesuaikan atau merancang semula majlis mereka.



Itulah yang dikongsi naib kadi dan imam eksekutif Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Ustaz Muhamad Nuzhan Abdul Halim, dan pengarah urusan syarikat Amani Weddings, Encik Mohamed Nor Ismail, atau lebih dikenali sebagai Kino, dalam episod ketujuh The BM Show.



Episod kali ini mengetengahkan tema perkahwinan semasa pandemik Covid-19 ini.



Ustaz Nuzhan berkata apabila diumumkan majlis pernikahan dan perkahwinan perlu ditunda pada awalnya dalam keadaan pandemik ini, kebanyakan pasangan dan keluarga mereka tentu sekali berasa bimbang dan gelisah.



Kebanyakan pasangan memilih untuk menunda majlis, namun malangnya, ada juga yang memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka.



"Ada yang membatalkan kerana mereka sudah bergaduh antara mereka, sampai 'dahlah, kita putuskan saja, kalau ada jodoh, adalah...' Tetapi kebanyakan mereka menunda.



"Yang menunda itu saya rasa kerana mereka pun menginginkan majlis yang sempurna, yang telah dirancang.



"Seperti yang saya sebut, ada pandangan dan jangkaan daripada ipar duai, mertua yang perlu mereka pertimbangkan. Ada yang hanya (kata) 'Tak apa ustaz. Kita batalkan sampai bila ada kemajuan, bila ada lebih banyak maklumat nanti, kami akan daftar semula'," kata beliau.



Dalam usaha membantu bakal pengantin dari segi soal kewangan, Encik Kino berkata syarikatnya mengambil pendekatan bersikap lebih kurang dengan pelanggan.



"Ini bukan salah mereka dan bukan salah sesiapa sebab pandemik ini tiba-tiba datang. Cara yang terbaik adalah kita berbincang dengan pengantin.



"Kita cuba nasihat mereka. Kalau boleh, tunda majlis mereka kepada tarikh yang lain. Kami cuba membantu mereka secara yang terbaik... demi menolong dalam apa jua cara yang kita boleh," kata beliau.



The BM Show kali ini juga akan menampilkan kumpulan kompang setempat yang dipanggil Kompang Ibtisam, yang aktif membuat persembahan di majlis perkahwinan sejak 2017.



Anggota kumpulan yang tampil dalam rancangan ini ialah Encik Muhammad Amirul Irsyad, 25 tahun; Encik Muhammad Amirul Arsyad, 25 tahun; Encik Muhammad Syafiq, 25 tahun; dan Encik Muhammad 'Irfan, 27 tahun.



Di samping itu, hos rancangan, Irma Kamarudin, dan rakan wartawan, Zulaiqah Abdul Rahim, akan mencuba kreativiti mereka melukis inai di tangan satu sama lain.



Saksikan episod ketujuh The BM Show di Facebook dan Instagram Berita Harian pada 10 pagi, Ahad ini.



Ia dihoskan oleh Penolong kepada Editor, Cik Hanim Mohd Saleh, dan wartawan Irma Kamarudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >