Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Bagaimana kit ujian air liur kesan dadah

BERITA HARIAN telah mengikuti satu operasi antidadah oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) di dua pusat hiburan malam di kawasan bandar baru-baru ini. Dalam operasi sekitar tiga jam itu, kit ujian air liur - yang diperkenalkan pada Januari di pusat pemeriksaan imigresen dan semasa operasi sekatan blok di jalan raya - digunakan buat kali pertama semasa operasi antidadah itu.
Apr 07, 2023 | 05:30 AM



TIDAK seperti operasi antidadah yang lalu, di mana suspek dibawa semula ke Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk ujian air kencing, kini hanya mereka yang diuji positif menggunakan kit ujian air liur akan ditahan untuk siasatan lanjut.



Apabila wartawan tiba di kedua-dua pusat hiburan malam, pegawai CNB telah ditempatkan di pintu masuk dan keluar untuk menghalang sesiapa daripada meninggalkan tempat itu.



Kedua-dua pengurusan pusat hiburan malam bekerjasama dengan CNB untuk mengawal keadaan.



Pengunjung pusat hiburan malam juga mematuhi arahan pegawai apabila diarah mengambil ujian air liur.



Pegawai CNB menerangkan kepada mereka bagaimana ujian dijalankan dan menunjukkan kepada mereka cara yang betul untuk mengumpul sampel air liur.



Berukuran kira-kira 15 sentimeter panjang dan 3 sentimeter lebar, kit ujian air liur itu mudah dibawa ke mana-mana dan berfungsi seperti kit ujian pantas antigen Covid-19.



Setiap kit ujian terdiri daripada dua bahagian - pengumpul sampel berwarna biru yang boleh ditanggalkan, serta kartrij berwarna putih.



Terdapat pad pensampelan berwarna merah di hujung pengumpul sampel yang digunakan untuk mengumpul sampel air liur.



Subjek diarahkan membuat calitan di dalam mulut mereka sambil menyentuh pad pensampelan dengan bahagian pipi dan lidah mereka.



Ujian berjaya apabila pad pensampelan bertukar dari merah kepada kuning.



Pengumpul sampel itu kemudian disambungkan semula pada kartrij untuk mendapatkan keputusan - sama ada positif atau negatif.



Kit ujian itu dapat mengesan daripada air liur suspek jika ada penggunaan dadah terlarang seperti ganja, opiat, dan methamphetamin, antara lain.



Sekiranya terdapat kesan dadah, ia akan terikat dengan antibodi dan bahan kimia dalam kit ujian.



Ia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mendapatkan keputusan.



Kit ujian akan memaparkan dua garisan merah jika suspek diuji positif. Sebaliknya, jika suspek diuji negatif, tiada garisan merah akan menjelma.



Bagaimanapun, suspek yang diuji positif akan diiringi ke ibu pejabat CNB untuk ujian air kencing bagi mengesahkan keputusan.



Selain daripada kit ujian air liur, sebuah peranti elektronik mudah alih juga digunakan CNB untuk menambah kepada proses saringan dadah.



Kit ujian dimasukkan ke dalam peranti itu yang mempunyai pencetak bersepadu untuk dokumentasi pantas keputusan ujian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >