Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahaya dadah perlu ditekankan dek tingkah laku semakin liberal: Faishal

Oct 08, 2023 | 08:21 PM



Usaha mengetengahkan bahaya dadah kepada masyarakat, khususnya golongan muda, kian lebih penting di kala terdapat kebimbangan wujudnya sikap yang lebih liberal terhadap dadah.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata demikian semasa berucap dalam satu acara yang diadakan di Masjid An-Nahdhah pada Ahad.

Acara yang diadakan hasil usaha sama kempen cegah dadah ‘Dadah Itu Haram’ (DIH) dan Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA) itu bertujuan mendekati belia daripada pelbagai latar belakang untuk memberi bahan maklumat berkaitan sokongan mencegah dadah dan ketagihan.

Walaupun golongan muda rata-ratanya masih berpendapat dadah itu berbahaya, Dr Faishal berkata terdapat kebimbangan bahawa bilangan tersebut lebih rendah berbanding golongan dewasa.

Menurut tinjauan persepsi 2020 oleh Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) Singapura, golongan belia yang berpendapat dadah itu berbahaya adalah lebih rendah (80.5 peratus) berbanding golongan dewasa (84 peratus).

Bercakap dengan Berita Harian (BH), Dr Faishal berkata:


“Dari sudut pandangan global, terdapat naratif bercanggah tentang bahaya dadah, lebih-lebih lagi di media sosial dan Internet, yang menggalak pemikiran liberal tentang... penyalahgunaan dadah.

“Kita mempunyai pendirian teguh (terhadap penyalahgunaan dadah) dan kita ingin menyangkal naratif ini yang tidak tepat.”

Beliau berkata acara seperti yang dijalankan DIH dan IMSSA ini merupakan wadah perkongsian ilmu bersangkutan dadah dan “membuka platform perbincangan” untuk membincangkan isu penting ini yang “sering dibicarakan secara senyap di belakang tabir”.

“Dengan tip dan teknik yang dikongsi oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB)… memberitahu mereka cara untuk katakan ‘tidak’ atau menukar topik… dan cara membantu (golongan ini) melaporkan (penyalahgunaan dadah) kepada pihak berkuasa, saya rasa ia perbincangan yang baik dan terbuka buat mereka,” ujar Dr Faishal.

Presiden IMSSA, Ustaz Shaik Ali, berkata ia kali pertama IMSSA berusaha sama dengan DIH dan beliau merancang untuk meneruskan acara sedemikian pada tahun-tahun mendatang.

Bahkan, beliau menaruh harapan agar pembelajaran bersangkutan antidadah dapat diterapkan dalam sukatan pelajaran madrasah.

“Mungkin kita boleh fikirkan bagaimana untuk terapkan (teknik dan ilmu yang disampaikan dalam acara tersebut) dalam sukatan pelajaran kami,” ujarnya.

Di acara itu, peserta turut terlibat sama secara berkumpulan dalam sesi bengkel berlandaskan senario, perkongsian oleh pegawai CNB dan perkongsian oleh bekas pesalah, Cik Nur Azlinda Zulkifli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >