Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bajet strategik bina masa depan S'pura lebih kukuh dan bersatu

Feb 19, 2019 | 05:30 AM



BELANJAWAN 2019 dibentangkan semalam bagi melakar masa hadapan Singapura agar golongan muda terus dipupuk, warga emas dijaga dan peluang dibuka bagi rakyat memanfaatkan potensi mereka dalam sebuah negara yang selamat dan terhubung secara global.



Bagi memperingati Bicentennial tahun ini, habuan berupa Bonus Bicentennial bernilai $1.1 bilion akan diperuntukkan bagi mengongsi lebihan negara dengan rakyat.



Pakej Generasi Merdeka (MGP) pula diperkenalkan bagi menghargai warga emas yang lahir pada 1950-an yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Dana Generasi Merdeka baru bernilai $6.1 bilion diperuntukkan bagi Belanjawan ini.



Membentangkan Belanjawan itu di Parlimen semalam, Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat berkata:



"Belanjawan 2019 merupakan pelan strategik bagi memperuntuk sumber bagi membina Singapura yang kukuh dan bersatu-padu. Dalam tahun bicentennial, marilah kita memanfaatkan kekuatan kita dan DNA rakyat Singapura - keterbukaan, berbilang budaya dan kesungguhan diri bagi meneruskan kemajuan.''



Kekuatan negara dan DNA rakyat akan membantu negara ini mengharungi cabaran dan perubahan dalam dunia global dan domestik.



Menggariskan cabaran itu, beliau menukil beberapa cabaran seperti ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China yang menimbulkan ketidaktentuan geopolitik, pengurangan sokongan bagi penyejagatan, serta beberapa isu yang timbul dengan Malaysia yang menekankan pentingnya rakyat Singapura untuk bersatu.



Di dalam negeri, cabaran penduduk yang menua, mobiliti sosial, ketidaksamaan, rombakan ekonomi dan perubahan iklim, perlu ditangani.



Encik Heng menyatakan pentingnya memberi respons kepada cabaran itu dengan semangat jitu, kesungguhan dan keyakinan dengan membangunkan kekuatan Singapura dan DNA rakyat Singapura.



Dalam ucapan selama lebih dua jam itu, Encik Heng turut menekankan pentingnya menjadikan Singapura selamat disebabkan ancaman keselamatan yang semakin rumit.



"Kita tidak boleh mengambil keamanan, kemakmuran dan kestabilan kita dengan sikap sambil lewa,'' ujarnya.



Oleh kerana itu, pemerintah akan terus melabur jumlah yang besar dari sumbernya - atau sekitar 30 peratus perbelanjaan keseluruhan tahun ini - bagi menyokong pertahanan, keselamatan dan diplomasi.



Bagi mengukuhkan daya saing Singapura, Encik Heng menggariskan tiga teras bagi menyokong rombakan industri iaitu dengan meningkatkan keupayaan perniagaan, mendalami keupayaan pekerja serta menggalak kerjasama kukuh antara Singapura dengan dunia.



Menjelaskan inisiatif sosial bagi Belanjawan 2019, Encik Heng berkata ia merupakan usaha bagi membangunkan masyarakat yang prihatin dan inklusif.



Ini akan dilakukan antaranya dengan memanfaatkan potensi rakyat Singapura sepenuhnya dan menyediakan peluang bagi mereka melalui pendidikan dan menambah pendapatan pekerja bergaji rendah.



Dengan penduduk yang semakin menua, Encik Heng akur kos penjagaan jangka panjang akan juga meningkat.



Oleh itu, pemerintah turut memperuntuk dana tambahan sebanyak $3.1 bilion bagi membiayai skim jagaan jangka panjang dan subsidi di samping $2 bilion diperuntukkan tahun lalu.



Dana Penjagaan Jangka Panjang bernilai $5.1 bilion itu akan membantu membiayai subsidi CareShield Hayat dan skim sokongan jagaan jangka panjang lain termasuk ElderFund.



Secara keseluruhan, defisit sebanyak $3.5 bilion atau 0.7 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dijangkakan bagi tahun kewangan 2019.



Ia berbanding lebihan belanjawan sebanyak $2.1 bilion yang dijangkakan bagi tahun kewangan 2018.



"Kita mempuyai lebihan fiskal mencukupi yang dikumpulkan bagi penggal pemerintahan ini bagi membiayai defisit keseluruhan bagi tahun kewangan 2019. Rizab lampau tidak perlu dikeluarkan,'' tambah Encik Heng.



Parlimen akan bersidang bagi membahaskan belanjawan dan belanjawan bagi kementerian dari 26 Februari hingga 8 Mac.



Laporan penuh Belanjawan:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >