Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Baju Raya baru bawa ceria buat penghuni flat sewa

Setiap daripada 65 keluarga di Kembangan-Chai Chee dapat 3 set baju
Apr 05, 2023 | 05:30 AM



KEMERIAHAN suasana menjelang Hari Raya dapat dirasa apabila sekitar 10 relawan menyingsing lengan baju bergotong-royong Ahad lalu untuk membantu keluarga memerlukan di Kembangan-Chai Chee.



Sebanyak 220 baju Raya baru ditaja beberapa syarikat, termasuk Begum Bridal dan Peniwern, bagi Projek Khas Untukmu.



Ia diagih kepada sekitar 65 keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa di kawasan itu.



Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut 'turun padang' menyertai sukarelawan mengagihkan barangan keperluan dan beramah-tamah bersama penduduk.



"Saya rasa ini satu projek yang boleh dikembangkan dengan ramai orang boleh membantu memberi baju-baju baru, selain kedai di Wisma Geylang Serai atau Joo Chiat.



"Kita boleh menggembleng tenaga untuk membantu bukan di kawasan Kembangan-Chai Chee sahaja, malah kawasan lain yang saya rasa ada penduduk memerlukan untuk menyemarakkan lagi semangat Raya," kata Encik Fahmi.



Acara itu dianjurkan oleh M³@Geylang Serai dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kembangan-Chai Chee, MAEC Geylang Serai dan Wisma Geylang Serai.



Keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa Blok 22, 23, 24, 30, 31, 38 dan 39 diundang datang memilih dan mengambil baju Hari Raya itu.



Setiap keluarga diberi tiga set baju. Selain itu, mereka dapat membawa pulang pek runcit, pelitup muka KN95, set kutleri dan kit ujian pantas antigen (ART) Covid-19.



Seorang pengumpul mainan 'Hotwheels', Encik Muhammad Dinie Afiq, 29 tahun, menyumbang sekitar 50 kereta mainan itu buat kanak-kanak untuk menceriakan hidup mereka.



Ketua Projek Khas Untukmu, Cik Maria Zahid, 22 tahun, daripada sekretariat M³@Geylang Serai, berkata: "Kami amat menghargai sokongan daripada penaja yang menyumbang baju Raya serba baru bagi penghuni flat sewa.



"Dengan ini, kami harap sambutan Hari Raya mereka lebih bermakna, kerana kami faham ramai daripada mereka kurang mampu membeli baju Raya baru," kata Cik Maria.



Dengan sambutan memberangsangkan daripada para relawan dan penduduk, Cik Maria berkata beliau akan meneroka usaha meluaskan projek itu untuk manfaat lebih ramai penduduk flat sewa, bukan di Kembangan-Chai Chee sahaja, malah seluruh Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >