Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Balai bomba bijak pertama di SG dilancar di Punggol

Balai bomba yang ditempatkan bersama NPC Punggol tawar teknologi terkini, sistem sepadu, kemudahan latihan unik
Feb 26, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) melancarkan balai bomba bijak pertama semalam, yang menggabungkan teknologi terkini, sistem bersepadu dan infrastruktur serta kemudahan latihan yang unik kepada balai itu.



Balai bomba Punggol ditempatkan bersama Pusat Polis Kejiranan (NPC) Punggol di 151 Punggol Central dan ini bermakna ia dapat meningkatkan kerjasama yang lebih baik antara agensi Home Team, kata SCDF dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Ini merupakan balai bomba ketiga yang digabung bersama NPC seperti di Kallang dan Marina Bay.



Melancarkan pembukaan gabungan balai bomba dan NPC itu semalam ialah Menteri Kanan Encik Teo Chee Hean.



"Balai Bomba Punggol dan Punggol NPC bukan sahaja sekadar melengkapkan pembangunan Punggol, malah menyumbang dalam usaha kami mengukuhkan Home Team dengan mempertingkatkan keberkesanan, integrasi dan penglibatan dengan masyarakat," kata Encik Teo yang juga merupakan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.



Dalam satu lawatan demonstrasi media di balai tersebut Rabu lalu, antara ciri unik Balai Bomba Punggol yang ditonjolkan ialah Menara Latihan Pelbagai Senario (sila lihat grafik) yang mensimulasikan pelbagai senario di setiap tingkat untuk latihan lawan api dan operasi keselamatan.



Pegawai SPF juga akan berlatih bersama SCDF di menara itu untuk latihan simulasi operasi dari tingkat tinggi ataupun untuk operasi pemindahan, kata jurucakap SCDF.



Antara kemudahan lain termasuk kelas bijak yang dilengkapkan dengan sistem latihan realiti maya (VR) serta pengalaman XR.



Skrin digital interaktif dengan keupayaan penstriman secara langsung mengurangkan keperluan pegawai ke Akademi Pasukan Pertahanan Awam (CDA) di Jalan Bahar secara fizikal.



Teknologi terkini dan kemudahan lain termasuk Sistem Kawalan Akses Automatik Balai Bomba yang membolehkan pelawat mendaftarkan diri sendiri dengan menggunakan kad pengenalan fizikal ataupun digital yang terdapat di aplikasi Singpass.



Konsep ini dijayakan bersama Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), yang memanfaatkan teknologi sistem operasi automatik, pengecaman muka dan pengesanan plat lesen kenderaan.



Premis itu juga akan diawasi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan pencerobohan.



HTX dan SCDF telah melakarkan bersama konsep Stor Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Automatik yang dapat mengesan jika barangan ambil dari rak. Sistem itu menggunakan teknologi peralatan sensor yang boleh mengesan peralatan seringan tiga gram dan dapat membantu memudahkan proses manual mengira stok lantas mempercepatkan pengurusan inventori.



Teknologi dan kemudahan demikian akan dilaksanakan di Punggol dahulu untuk menguji keberkesanannya sebelum dilaksanakan ke balai-balai lain.



Balai itu juga mempunyai kawasan landskap hijau yang terbesar berbanding 23 balai bomba yang lain, dengan sembilan taman dengan kawasan sebesar 2,500 meter persegi.



Mereka juga telah dianugerahkan Anugerah Tanda Hijau oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >